Sambal Sotong Aroma
Time korang baca ni....(kalau ada), cheq sue dalam perjalanan balik ke CH, sebab esok ada taklimat tentang SBPA dan Jumaat tu keputusan PMR akan keluar. Maaf la ya sebab kena autopublish, malas nak tinggal banyak2 dalam draft.
Sambal sotong ni cheq sue buat 2 hari lepas untuk lunch. Dah ramai antara kita yang tahu buat sambal kan? Semuanya pasti sedap2 belaka dengan pelbagai cara dan bahan membuatnya. Yang cheq sue buat ni versi orang tak pandai... Istimewanya sambal sotong ni adalah dek kerana penggungaan daun pandan. Kalau korang belum pernah test daun pandan dalam apa jua sambal, nanti boleh la cuba, memang wangi dan menaikkan lagi selera. Cheq sue dah lama jatuh cinta dengan daun pandan dalam sambal ni...
SAMBAL SOTONG AROMA
Resepi : Cheq Sue
Bahan-bahan :
5 ekor sotong besar ~ bersihkan dan potong bulat
4 biji bawang merah *
1 biji bawang putih *
3 sb cili boh / 10 biji cili kering ~ biasa guna yang tak pedas *
1 cm halia *
1 cm kunyit hidup *
2 helai daun pandan ~ dicarik2 dan disimpul
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit nissan, kicap, gula dan garam
Cara-cara :
Blendkan bahan * dengan sedikit air
Panaskan minyak dan tumis bahan * sehingga garing dan wangi
Masukkan nissan dan tumis lagi sehingga nissan hancur
Kemudian masukkan sotong, tumis seketika. Masukkan pula daun pandan, gula, garam dan kicap secukup rasa. Jika sambal agak pekat x perlu tambah air sebab air sotong akan keluar.
Masak sehingga sotong empuk, tak perlu terlalu lama sebab sotong akan liat. Perasakan masam manisnya dan bolehlah di angkat.
semoga selamat sampai ke CH cheq sue. eh kalau nak ke CH boleh la calling2 cheq sue ek. ececehh... entah ler org busy cam cheq sue ni kan kan..hehe
ReplyDeletesuke resepi ni. tq sue..aku suka resepi ada variasi sikit ni. letak daun pandan. good idea. wangi gitu kan sambal nya.tq tq
wangi ek bubuh daun pandan? hehe nak cubalah tp tak leh selalu gak sbb jarang ada stok kat sini hehehe..
ReplyDeletesalam cheq sue....bestnya sambal sotong. mkn dgn nasi lemak best tuuu...
ReplyDeletePMR khamis la..haha
ReplyDelete