Thursday, December 15, 2011

Donut Keledek

 
 
Donat keledek ni cheq sue buat petang semalam, saja nak test resepi. Kebetulan ada beli keledek oren. Jadi cuba buat setengah adunan. Dapat banyak jugak. Memang agak lembut dan terasa ubinya. Mmmm siapa sangka, kalau selama ni ubi keledek sinonim dengan cek mek tapi sudah boleh dijadikan juadah yang lain pula.
 


 
Kalau tengok memang tak ada rupa. Donat cutter tak ada, so tekan dengan gelas dan kat tengahnya tu guna penutup botol. Kalau bentukkan manual pakai tangan agaknya tak berupa langsung...
 



Makan time hangat2 memang sedap. Rangup di luar lembut di dalam.
 
Kalau ada yang nak cuba tu boleh la buat menggunakan keledek atau kentang. Selain dapat pengalaman baru, dapat jugak idea untuk pelbagaikan masakan. Tq pada Kak Nor & Ros kerana sudi berkongsi. Wassalam...
 
DONUT KENTANG
by Ros Jintan Manis
sumber: K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahannya
250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)

Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

 Ni sukatan yg K.Nor buat utk 2 adunan bg Donut Keledek
Sumber: K.Nor@SecubitGaram
* Saya buat separuh adunan je

500 gram tepung gandum
200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
4 sudu besar susu tepung
1 biji telur ( dipukul sedikit)
200 ml air suam ~ k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer
3 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula ~ gula dikurangkan sket sbb keledek dah ada rasa manis
3 sudu kecil yis ~ lain kali nak kurangkan sket

12 comments:

Wanieyra said...

sedapnya.....

quinnie said...

sue..kita ni tiap kali tengok org buat donut rasa geram je...suka makan donut...:)

Cheq Sue said...

@Wanieyra

nanti jangan lupa cuba tau...

Amie said...

Selamat pagi Sue,
mendonut ye... kelmarin pun Ame mendonut juga tapi donut kentang, ha hahahhhaaa cari acuan donut tak jumpa, ntah mana menyoroknya, akhirnya buat je bebola kecik-kecik!

Cheq Sue said...

Q > ooooooo suka donat ye...saya ni x berapa suka, tapi kalau yang mini ball tu seronok la jugak kalau makan

kak amie > tu la, semalam ada tgk kentang ball akak, memang geram sgt tapi xleh nak komen, biasa la dok g ni tenet lalok sikit... :)

rahel said...

Salam Cheq...cantek2 la donut keledek tu..geram je tengok..takpe2..nanti nak wat jugak..Rahel ada seketul ubi keledek tergolek kat dapur..bole cuba ni..

Liza said...

salam cheq sue...jgn pandang donut tu pada rupa,yg penting rasa dia...hihihi
janji sodapppp...

tun_telani said...

kak sue!! hahahaha.. sama laa menu minum petang kita semalam ^^ tun pun wat donat keledek guna resepi ni jugak. tp tun siap terlembik sbb duk kg, xde penimbang digital, main agak2 je.. hehe.. pastu dh lembik xleh nk terap2, bentuk ngan tangan je, pastu jd la mcm2 saiz. tp yg penting, sedap!

Mieza said...

cheq sue..sukanya gambar 1st tu..ambik gambar atas akar ke kayu tu? cantikkk..suka..tapi lebih suka pada hidangan dalam pinggan dan gelas tu..sedapnya makan di musim hujan ni...

sitiezahim said...

bes kan kak..saya pon dah penah buat..memang menarik :D

Yana Shaiful said...

Salam Cheq Sue^^..rmainya mendonut ari nii..yana pun dh lama xmendonut.. nnt nk bt jgk lah:-)

Diana @ Melley Mey said...

donut... akak suka makan donut.. anak2 lg ler suka.. tp akak x berapa reti nak buat donut.. :D.. tgk donut yg cheq suw buat nie nampak gebu jer... cantik..