Sunday, December 11, 2011

Cookie 'n' Cream Aiskrim


 
 
Selamat petang semua.... Cuaca masih lagi mendung dan sesekali hujan. Ada yg tengah sedap berlingkau barangkali, takpun sedang sibuk menyediakan juadah minum petang.  Cheq sue baru aje siap lunch. Dok kg ni jadual makan berterabur, makan tak henti-henti gak.

Walaupun di musim hujan, cheq sue nak kongsikan kat sini satu resepi ais krim yang cheq sue buat 2 3 hari lepas di CH. Dah lama nak try resepi ni yang diambil dari rumah Tun Telani. Kalau ditengok pada komen n3 ni, itu adalah kali pertama cheq sue menyapa Tun dan dari situlah bermulanya perkenalan kami. Ewahhh cam orang cinta-cinta pulak.


 
Aiskrim ni memang okeh, x beza sangat dengan aiskrim yang dijual kat kedai cuma kat peti cheq sue tu fross banyak sangat jadi x berapa nak beku. Bila buat sendiri ni boleh makan dengan senang hati sebab dah kompom halalnya. Sekali adunan tu pun dapat banyak jugak, memang puas dapat makan. Kalau tukang makan tu ramai memang berbaloi buat ni.
 
Kebetulan ada beli wafer segera, sedap jugak dimakan bersama. Kalau korang ada masa dan keinginan boleh la cuba aiskrim ni. Memang puas hati. Cheq sue dan rasa, insyaAllah nanti nak cuba lagi dengan perasa lain pulak. Memang berbaloi.... Wassalam...
 

COOKIE & CREAM ICE CREAM
Resepi : wssary@myr 
Olahan : Tun_telani
Bahan-bahan ( 2 liter )
5 sudu besar gula pasir *
1 tin (4ooml) susu sejat/cair *
1 sudu besar ovallete *
1 biji telur *
2 sb susu tepung
2 sk vanilla
1 paket Oreo/ Cream-O (buang filling dan pecahkan kasar2)

Cara-cara
mix semua bahan * dengan mixer selama 5 minit, high speed <- blender x sesuai ye, sbb nnti dia expand 3kali ganda, x muat blender
simpan dalam freezer 30 minit
ulang method ini ( mixing n freezing ) sebanyak 3 kali <- mix, freeze, mix, freeze, mix + vanilla+oreo, freeze
pusingan terakhir, lepas mixed 5 minit, campurkan susu tepung, esen vanilla, dan oreo
kacau dengan wisk atau senduk kayu
boleh ubah perasa ikut suka, tapi esen vanilla tetap WAJIB
freeze kan semalaman, dan sedia utk dimakan ^^

5 comments:

  1. salam cheq sue...nnt liza nk try buat eskrem ni pulak...mst rasa dia cam kat mcd tu kan..

    ReplyDelete
  2. hoho..thumbs up utk aiskirm cheqsue ni

    ReplyDelete
  3. cheq sue..dapnyer eskim..tadi encik suami pun beli eskim tapi beli eskim cekelat..anak2 nk mkn eskim cekelat..mieza suka eskim vanilla..tak kira la sejuk pun kat luar kita makan gak eskim..mesti gigi mengeletar kesejukan...

    ReplyDelete
  4. salam cheq sue.. tun gigil2 ni, mandi pun cepat2 je.. tp tgk aiskrim feveret tun ni terasa mcm nk makan la pulak. hehe

    ReplyDelete
  5. tgh2 mlm ternampak eskrem ni le pulak...bestnye makan dgn waffle...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]