Cinta Suami Orang...
Mmmmm malam ni, sunyi...hening sangat-sangat. Makin dekat nak habis cuti, makin libang libu rasa dalam hati. Adehhhh... 2 tiga hari ni malas betul nak masukkan n3 masak memasak. Bukan tak masak, hari2 pun masak tapi bila xde hati nak bergambar, nak set lawa-lawa walaupun masih tak lawa-lawa, biarkan ajelah. Tapi malam ni nak la cerita sikit tentang 'cinta suami orang'. Isu sensitif? Bercakap dari pengalaman aje... Tak berkaitan dengan yang hidup atau yang mati.
Dengan peristiwa yang telah berlaku, siapa yang silap sekiranya terjebak dalam jerat cinta seseorang yang telah dimiliki orang lain? Dalam banyak2 lelaki di dalam dunia ini, kenapa yang sudah berpunya itu yang kita ingini. Saya pernah juga sekali terjebak dengan suami orang, agak serius juga satu perhubungan itu. Tetapi apabila mengetahui situasi sebenar, perlahan2 kita mengundur diri. Walaupun sakit tetapi masa akan merawatnya, keadaan akan memberi kekuatan untuk melupakannya. Akhirnya setelah beberapa ketika cerita itu dikuburkan begitu saja. Apa yang berlaku menjadi pengajaran. Sekurang2nya boleh menasihati orang lain agar tidak tersalah pilihan.
Tetapi andai ditakdirkan Tuhan, kita mengetahui dia telah beristeri, tetapi kenapa masih tega menghancurkan kebahagiaan orang lain? Meskipun dikatakan suka sama suka, tetapi sampai di mana sudahnya? Usah dikata kita tak mampu melupakannya kalau kita tidak mencuba. Kalau betul kita sayang, lepaskanlah dia pergi kepada yang berhak. InsyaAllah Tuhan akan menggantikannya dengan yang terbaik buat kita. Jangan takut dengan sakitnya kecewa, kerana satu masa nanti pasti akan terubat dengan manisnya cinta yang diganti.
Apabila melibatkan 3 pihak atau 4 pihak, bagaimanakah seorang lelaki yang telah beristeri itu menangani masalah yang bakal berlaku. Bagaimana penerimaan isteri dan anak-anak? Bagaimana pula dia ingin menjaga hati pihak yang satu lagi? Jangan di sana kata cinta di sini pun cinta sudahnya dia yang menjadi kancil di antara 2 ekor gajah bertelagah. Jika berlaku pergaduhan atau perang antara dua wanita kerana berebutkan seorang lelaki, alangkah malu dan rendahnya martabat terasa. Dan sudah tentulah kemenangan berada di pihak isteri. Sudahnya yang pengacau inilah akan menanggung akibatnya sehingga bila-bila. Sampai sudah pun orang akan berkata dia yang mahu merampas suami orang... Di zaman serba canggih ini jangan pelik jika si isteri menggunakan ilmu hitam untuk melindungi rumah tangga dan memastikan kasih suami tidak terbagi. Dan jika itu berlaku siapa yang menanggung sakit misteri? Zaman sekarang semua pun boleh jadi.
Sebenarnya saya masih tertanya-tanya, di mana lebihnya lelaki yang telah beristeri ini? Mungkin ada yang mengaku sudah beristeri sebelum mencari yang lain, tetapi ramai juga yang mengaku bujang kemudian baru berterus terang. Kehidupan yang terjamin, kewangan yang stabil dan sikap pengasih dan penyayang mungkinkan menjadi satu sebab perempuan tergoda? Aduhh, wanita, jangan luaran sahaja yang dilihat. Kalaupun berlaku perkahwinan kedua dan madu memadu, sudah pasti yang pertama tetapi teratas di sanubari. Kasih yang terbagi pula tidak sepenuh hati. Nah, jika begitu janganlah sesekali merelaka diri menjadi kekasih gelap seorang lelaki yang telah beristeri... Wassalam...
Catatan : Merapu!
alhamdulillah tak pernah terjebak tapi kakak saya hampir2 jadi mangsa (walaupon dia mmg tak mahu lelaki itu, pakcik itu yg mengejar)..bawak isteri ke rumah emak dan dpn isterinya dia mengaku kawan emak(padahal kawan anak emak saya!)bila mak pegi umrah, mak doakan akak saya dijauhkan dgn pakcik tuh, alhamdulillah berkat doa emak dan usaha kakak saya (berpindah) akhirnya cerita pakcik tu tinggal sejarah..tapi betul la kan kak, isteri ke-2 (atau berjaya jadi isteri pertama krn akhirnya suami bercerai) akan tetap dicop sbg perampas sampai bila2..nauzubillah
ReplyDeletesuami sy prnah ada hubungan dgn perempuan muda, walaupun x lama & terputus begitu saja, namun sakit & pedihnya hati ini kerana dikhianati/ditipu blum sembuh lgi meskipun dh brtahun brlalu. Bayangkan macamana perasaan isteri bila suami sendiri bersekongkol dgn perempuan lain utk menipu/mengkhianati kita...memang pedih dan sekarang saya seperti orang yang tiada perasaan lagi..
ReplyDeleteSiti ~ seboleh2nya jangan la sampai terjebak. Nasib baik x berjaya, kalau tak tentu kesannya sampai sekarang
ReplyDeleteAnonymous ~ wah, ini kes yang nyata, memang payah nak lupa!
entri menarik dan tanpa pengalaman susah nak dirungkai..sebolehnya elakkan dari menjadi pihak ketiga dan saya mangsa kejadian yg mengakibatkan family berpisah..apapun saya redha dan percaya Allah menjadikan sesuatu itu bersebab..dan saya tak salahkan pihak ketiga maupun si X yg mencari sebab ..kerana semua telah tertulis.Saya mendoakan si X bahagia
ReplyDelete