Tuesday, December 13, 2011

Ayuni ~ 9 + Aina ~ 6


 
 
Jika 11.12.11 adalah harijadi Anisa, 12.12.11 adalah harijadi kakaknya pula iaitu AINA SOFIYA yang ke 6. Kakak sulungnya, MIRZA AYUNI masuk 9 tahun pada bulan Disember juga tapi tak ingat bila, 5 hb kot.  Jadi sekali lagi makcik yang baik hati ni membuat kek untuk anak-anak buah. Udah deme asyik menyebut nak potong kek, kita no hal nak membuatnya. Sebenarnya plan nak buat kek princess, tapi sayang bahagian skirtnya telah dibelah sebab Tok Cek nak makan. So cheq sue buat kek biasa2 aje. Ayah cheq sue tu x makan kalau kek yang ada aising2 ni, so bila dia nampak kek span tu terus dia tanya xleh makan ke... Mmmm tak sampai hati la pulak kan, terus aje kek tu dibelah-belah dan habis terus pada malamnya.
 
Kali ni cheq sue cuba satu resepi kek span, alhamdulillah menjadi. Gebu dan lembut aje. Deconya pula cheq sue hantam saja, menggunakan baki WC untuk kek Anisa. Dah semalaman dalam peti ais, asyik dok buka tutup, tengoklah sedikit kecatatan pada kelopak bunga dan bahagian tepi kek. Haisssshhh budak2 ni. Berulang kali dok tanya bila nak potong kek, bila nak makan. Jadi pada petang semalam dah selamat dikerjakan di rumah arwah nenek, sebelah aje dengan rumah cheq sue. Kalau korang tengok kereta kat belakang tu ada kemek sikit, sebab tersondol tiang rumah. Heeee





 Anisa tu walaupun dah selebrate dia punya besday, sibuk aje nak potong kek sama. Mula2 tu xmo dibagi kakak2 dia pegang, bila makcik dah pujuk nasik baik dia hendak. Kira2 terer jugak la makcik ni kan... Apapun makcik harap korang berdua ni akan membesar sihat bagai johan, jadi anak yang solehah semuanya. Jangan dok ngadap lappy aje tau, tu mata dah nak rabun. Makcik sayang korang 4ever.... (*_*)



Kek span + blueberry filling + fresh cream
Deco versi hantam sajalah. Bende untuk buat rose tu lupa nak bawa balik jadi guna apa yang ada. Nampak bentuk sesikit tu jadi la kan... Asik2 letak kumbang, nak buat camana udah itu aje yang ada... Apapun... layanzzzzzz!! Wassalam...

12 comments:

  1. hm... comelnya, Happy birthday ya :)

    Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

    ReplyDelete
  2. allo cheq sue, blk kg eh? sedap2 semua dessert dgn keknya..

    ReplyDelete
  3. untungnya ada makcik yg rajin buat kek...nk jd anak buah cheq sue jugak la.....ekekekeke

    ReplyDelete
  4. @Zack Zachoes

    mesti la zack...ujung2 taun camni memang kena lepak kg... baru syiokk

    ReplyDelete
  5. @Liza

    amboi...boleh, boleh..apa salahnya. lgpun anak sedara belum cukup lagi sedozen...

    ReplyDelete
  6. happy bday ayuni n aina....^^ jom tuko RV cake ngan aunty :)

    ReplyDelete
  7. @nOOrsha

    sesuai sangat la tu sha, makcik dia ni x reti2 lagi buat rvc...

    ReplyDelete
  8. selamat hari jadi utk anak buah cheq sue.jadi orang berguna eh..hehe

    ReplyDelete
  9. che sue..comey dah bunga rose cheq sue tu kalau mieza yg buat entah2 jd bunga taik ayam hahahaa...baiknya auntie dia buat kan dia kek..nnt mieza pun nk dtg umah cheq sue time besday mieza mesti cheq sue hidangkan kek juga kan..heheh

    ReplyDelete
  10. @Mieza

    eh...bukan besday mieza dah lepas ke... kompius ni...kompius... :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]