Monday, December 5, 2011

Cucur Nasi



 
 
Cucur nasi ni cheq sue buat pagi ni, masih ada, tengah panas2 lagi. Bukan guna nasi tak habis tau, tapi sengaja simpan nasi tu untuk cuba cucur ni. Tak banyak pun, dalam 1/3 cawan aje. Cukuplah satu adunan untuk sarapan sebelum ke dewan peperiksaan. Memang lembut dan sedap rupanya cucur ni. Tak terasa pun nasi kat dalamnya. Nampaknya pasni selain buat apam snow white, cucur ni akan menjadi pilihan kalau nasi tak habis. He he he...




 
Okeylah...xleh nak sembang panjang ni. Idea mencurah tapi xleh nak share. Terima kasih pada yang sudi datang dan meninggalkan komen. Maaf ya cheq sue tak dapat nak bw lagi...agak sibuk sikit. InsyaAllah nanti bila ada kelapangan cheq sue singgah ya... Wassalam...
 
CUCUR NASI
Resepi : Kak Yatie
Sumber : Liza

Bahan-bahan :
2 cwn nasi
2 cwn air
1 biji bwg besar - Liza potong dadu
2 biji bwg putih
1/2 cwn ikan bilis
2 1/2 cwn tepung gandum
1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
Daun sup/bawang (di hiris halus)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng
Liza tambah crabstick - cheq sue pun

Cara Membuatnya
Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
Saya gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...

    5 comments:

    1. Assalamualaikum cheq sue...
      akak lom bf lagi nie.. meh nak ckit cucur nasi tu buat bf.. hehehe.. nampak sedap..

      ReplyDelete
    2. kita tak pernah masak cucur nasi ni...tak tau bila nak buat..selalu ada nasi sejuk tak ingat langsung nak cuba buat..hehehe

      ReplyDelete
    3. pestime dengaq cucur nasi..boleh cuba...:)

      ReplyDelete
    4. sedap cucur nasi ni.sy penah buat.lembut je..:)

      ReplyDelete
    5. besh cucuq nasi nih...dh pernah makan..:)) ade lagi tak nih..mintak sepiring

      ReplyDelete

    [Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]