Udang Kung Pao
Dah lama sebenarnya dok plan nak buat kung pao. Selalunya seresepi kung pao menggunakan ayam, tetapi dengan kuasa dapur yang ada pada cheq sue, udang yang menjadi pilihan. Stok ayam x ada di rumah, kebetulan ke pasar malam beli udang 1/2 kg, seploh hengget tau...kemain cekik darah betol. Menggunakan udang pun nampaknya xde berbeza sangat, walaupun belum pernah rasa kung pao tu camana.... :)
Udang kung pao ni cheq sue masak malam tadi dan dibawa bekal hari ni. Peperiksaan sehingga 10.30 aje jadi bolehlah makan di luar. Tak salah kan bawa lauk sendiri... Bukan kedekut okay, tapi sebab xdan makan kat rumah, kita ejas la kat luar. Kita yang buat dia kan....
Dengan berpandukan resepi ni, cheq sue ubah sedikit bilangan bahan-bahannya agar serata dengan jumlah udang yang digunakan. Cili benggala tu pulak x ada dan cheq sue gantikan dengan cili hijau. Rasa2nya dah ramai yang membuat lauk ni, adakah aku yang tertinggal keretapi? He he he...kalau korang dah buat, cuba dengan udang ni pulak, mana la tahu kot2 menjadi kegemaran.... Sampai jumpa lagi ya. Wassalam...
UDANG KUNG PAO
Sumber : Dla Aj MyR
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam di potong kecil - kecil * cheq sue ganti dengan udang dalam 15 ekor
3 sudu kicap, 1/2 sudu sos tiram , garam & serbuk lada sulah secukup rasa *
* perap ayam selama 10 minit. Selepas itu goreng separuh masak. cheq sue tak goreng
50 gram kacang gajus (digoreng terdahulu)
10 biji cili kering (dipotang lebar - lebar)
1 biji cili bangala (dipotong dadu) cheq sue ganti dengan cili hijau
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
4 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
3 cm halia (ditumbuk halus)
2 sudu sos cili & sos tiram
Garam secukup rasa
Cara-cara :
Goreng cili kering & ketepikan.
Tumis bawang putih & halia yang sudah dikisar, kemudian masukkan bawang besar.
Masukkan ayam (udang yang diperap terlebih dahulu tadi), cili bangala, sos tiram, sos cili, garam & sedikit air sekiranya terlalu kering.
Bila semuanya sudah sebati bolehlah masukkan cili kering & kacang gajus, kacau seketika & siap untuk dihidang.
tun ayam kung pao pun x pernah try lagi. hehe.. xhabis lg jaga exam kak sue? jaga sekolah teknik ke? lama betul.. hehe.. kawan2 tun yg cikgu semua dah balik. maybe jaga sekolah yg kebetulan habis awal kot.. tun balik kg khamis nih.. weee~~~
ReplyDeletesalam cheq sue...ayam kung pao ni peberet anak2 liza...mmg best kan..
ReplyDeleteSalam Cheq sue..xblk kg lg kee hihii..bestnya msk kung pao..yana slalu msk ayam..nnt nk try udang pulak..nmpk menyelerakan ;=)
ReplyDeleteSib baik tak berkungfu lepas makan erk.
ReplyDeletecheq sue..udan pun dah nampak sedap..kalau acik mmeang suka udang dari ayam.
ReplyDeletenampak sedap tapi saya pun tak try lagi:)
ReplyDelete