Petang semalam sempat bermesyuarat tingkat dengan kakak-kakak di depan rumah. Sambil2 melayan mood merudum ni, just nak share citer ni. Apa lelaki mahu? Macam mana yang mereka hendak? Kisah ini berkisar tentang perhubungan dan pemilihan seorang perempuan untuk di jadikan isteri. Kita namakan dia sebagai A. Sebenarnya A ni masih muda, belum pun 25 tahun, bekerja sebagai anggota keselamatan di selatan tanah air. Dia pernah bertunang tetapi ditakdirkan tiada jodoh, maka perhubungan itu terpaksa diputuskan. Sebabnya kerana si perempuan itu 'agak' cemburu dan 'kurang kepercayaan' kepada bakal suami yang berjauhan.
Okeh, bila dah putus tunang, agaknya sedikit terasa, maka A memberi kepercayaan kepada keluarga untuk menentukan dan memilih jodoh untuknya. Dia menyatakan TIDAK KISAH yang macam mana pun. Maka berlakulah sesi cari mencari, intai mengintai dan risik merisik. Ada sesekali A membawa balik seorang gadis, tetapi tidak disetujui oleh datuknya dengan alasan TERLALU KURUS. Kemudian diperkenalkan pula dengan seorang jururawat tetapi tak mahu juga, kerana BANYAK HUTANG (kita andaikan dia hutang PTPTN la tu...). Ok takpe. Jumpa pulak seterusnya dengan seorang cikgu. Mmmmm ditolak jugak kerana ada sedikit kecatatan fizikal padanya. Kemudian ketemu lagi dengan seseorang tetapi tidak berkenan sebab kulitnya hitam (lahir masa bulan gerhana kot). Yang berada jauh-jauh pun tak mahu juga. Yang x ada kerja pun dirijeknya juga. Agaknya mahu yang cantik aje macam Aishwarya Rai atau Kareena Kapoor.... Iyalah, zaman sekarang ni masalah jugak kalau dapat calon isteri tak lawa. Nanti lima enam tahun pun orang asyik dok cerita benda sama aje.
Tiba-tiba rasa seram, terbayang diri sendiri, kalau semuanya nak yang lawa-lawa tahap retis, yang tinggi lampai macam Ziana Zain, atau yang tubuhnya seperti Amber Chia... kesian la yang tak berapa lawa ni. Yang debab, yang kemetot, yang gerhana kulitnya...maka siapa yang akan memilih dia? Kenapa syarat luaran yang dijadikan keutamaan? Lalu bagaimanakah dengan syarat-syarat yang ini... (Sumber Mr Wiki)
- beriman & solehah
- rupa paras yang sedap mata memandang, dapat menyejukkan hati suami
- memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
- menentukan mas kahwin yang rendah
- wanita yang subur
- masih dara
- berasal dari keturunan yang baik
- bukan keturunan terdekat
- tidak memandang harta semata-mata
Pada pandangan cheq sue, A masih muda dan masih punya banyak masa untuk mencari yang serasi dan memahami jiwa. Urusan ajal, maut, jodoh dan pertemuan semua telah ditetapkan. Hal nikah kawen ni bukan macam main pondok-pondok. Ianya hal sepanjang hayat. Apalah guna syurga di dunia jika derita juga sudahnya? Setiap orang punya kelebihan dan kekurangan sendiri. Dan sebagai bakal pasangan, andalah yang akan melengkapkan kekurangan pasangan diri anda. Sebenarnya ini bukan saja untuk A, tetapi juga untuk diri sendiri.... Dan lelaki, carilah pelengkap tulang rusukmu dengan sebaiknya kerana ia akan melengkap dan menyempurnakan kehidupan anda selamanya... Wassalam...
"Ya Allah, rezekikanlah aku dengan cintaMu, dengan orang yang mencintaiMu, dengan cinta yang boleh mendekatkan aku denganMU."
ntah la cheq sue..pe la yg diorg nakkan?dr pemerhatian sy lak, lelaki skrg nakkan wanita yg berduit...mungkin mereka leh bersenang lenang kot...
ReplyDeleteakak, sepatutnya macam tu lah. tapi sepatutnya nak cari pasangan seharusnya mengikut 4 perkara iaitu rupa,agama,keturunan dan harta
ReplyDeletecheq sue..takut jadi macam bidalan orang dulu2..terlampau memilih nanti terpilih buku tebu..
ReplyDeleteDalam makna komen acik erna. Kena suh acik erna huraikan lagi tu. Hehe
ReplyDeleteCheq suee.. Rinduuu kat ko. Hmmm tula, sebenarnya cantik luaran ni, hanya pasangan yg mmg dijodohkan Allah je akan memandang pasangannya nanti sedap mata memandang. Tu kalau mcm tu, mmg blum
Jodoh dia la tu kan.
Betul la pndapat cheq sue tu, ciri2 yg penting. Tapi bila keadaan n pssekitaran kita terlalu disogokkam dgn material kecantikan .. Maka itu lah yg berlaku. Dunia dah terbalik. Mcm2 pkara luar jangka. Fuh merisaukan
zaman sekarang sue..byk pilihan...kadang2 org yg nak memilih sgt ni..cuba tanya diri sendiri..awak tu pefect sgt ke? topik cam gini memang tak kan habis citer...hehhehe
ReplyDeleteselamat pagi Sue,
ReplyDeleteAmie teringat ada satu pantun memilih pasangan, begini bunyinya:
pilih-pilih langsat'
nanti terpilih bangsat.
takut juga bila tafsirkan makna tersirat di balik pantun 2 kerat tu,
memang kita nak cari yang bagus, yang serba sempurna tapi betul kata Quinnie tu...awak tu perfect sangat ke,
alangkah baiknya kalau kita saling menerima seadanya, saling lengkap melengkapi, insya-Allah akan menujuke arah kesempurnaan walaupun memang tak mungkin cukup sempurna.
memilih tu boleh tapi berdasarkan yg islam telah tekankan...tapi jangan terlalu pilih takut2 tak kawen sampai sudah..hehe.
ReplyDelete