Tuesday, December 6, 2011

Mafela

 
 
Dah lama dok berangan nak buat mafela sendiri. Selalunya bila habis musim peperiksaan akhir tahun @ selepas PMR, ada segelintir budak perempuan yang bawa alat untuk buat mafela  dan dibuat di sekolah. Tahun lepas dah tengok, tapi baru tahun ni cheq sue perati betul2 dan buat sendiri alatnya. Memang senang aje rupanya, tapi memerlukan kesabaran sebab boleh sakit pinggang kalau dok hadap bende tu manjang...
 

Alat untuk membuat mafela tu hanya diperbuat daripada kayu, saiznya bergantung la pada kesesuaian. Yang cheq sue buat tu menggunakan kaki meja yang dah xnak guna. Bilangan paku tu pulak bergantung pada kelebaran mafela yang dihasilkan. Kalau lebih banyak paku maka lebih lebarlah mafela yang akan dihasilkan. Yang cheq sue buat tu 19 paku di setiap bahagian.

Cara nak membuat mafela ni x la senang kalau xde tengok. Nak terangkan pun susah. Ianya boleh dimulakan samada dari sebelah kiri atau kanan, dengan menggunakan kaedah silang (criss - cross) dengan sifir 1-2, 3-4, 5-6, ....... dan seterusnya dibuat sebanyak dua pusingan, kiri - kanan dan kanan - kiri.  Tak paham? He he he.... cheq sue pun pening nak cakap. Takpelah, korang tengok2 ajelah benda tu... Nanti kalau cheq sue sempat cari cara2 kat youtube cheq sue akan uploadkan.
 
Sekiranya mafela ni dibuat sendiri, hanya memerlukan 2 gulung benang kait berharga hanya RM 4.40 berbanding beli yang dah siap berharga RM15. Dok CH memang sesuai sgt la nak melilit mafela tu kat leher time sejuk2, memang dapat kurangkan kedinginan...kalau dok tempat lain mmmm paham2 sendiri la ye... Jangan sengsara kalau nak bergaya!!! Wassalam...

8 comments:

  1. kb suka mengait ni..tp buat mafela belum pernah lg

    ReplyDelete
  2. cheq sue, mafela tu apa ek? muffler sy tahulah..yg lilit leher tu klau g kt luar negara. hehehe..

    ReplyDelete
  3. @kotak bulat

    cheq sue x reti kalau bab mengait ni KB...yang ni pun jenuh jugak nengok bebudak buat baru leh cuba

    ReplyDelete
  4. @Zack Zachoes

    haaa ye la tu zack, mafela tu versi melayu...

    ReplyDelete
  5. kreatif dan rajin la cheqsue nie.boleh buat meniaga.hehehe nanti boleh buat gift utk GA ke.nonie nak join hahahaha

    ReplyDelete
  6. @nonierahman

    time2 holiday ni aje ada masa sikit nonie...kalau tak satu pun xleh habis..

    ReplyDelete
  7. Tak penah pun buat mafela sendiri...lehla ajo camana nak buatnya...

    ReplyDelete
  8. waktu sekolah dulu suka mengait..dah lama meninggalkan aktiviti ni...bila tengok n3 ni...jadi teringin nak buat balik :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]