Friday, February 10, 2012

Kuih Lapis Rainbow

 
 
Dah pukul 4 petang, panas masih terik. Sejak kebelakangan ni, bila petang je memang panas. Pagi2 dengan malam tu memang sejuk menyengat. Cuaca dah tak menentu. Rasa2 dok CH pun dah sama macam dok tempat lain, dah xde istimewanya pun. Ha kalau korang tak caya meh le jalan2 ke sini.. Kalau malam aje sejuk dingin, mana nak pi jalan2, siang2 la best nak menyopping nak menengok. Kan???
 
Kuih lapis ni cheq sue buat malam tadi. Saje2 je buat sebab nak eksperimen sikit. Selalunya orang buat kuih lapis guna santan, tapi cheq sue saja try dengan susu cair, sambil2 nak perabihkan stok yang dah dibukak. Rasanya x la selemak santan, tapi just ok kalau nak ganti pun. Teksturnya pula tak lembut sangat, tapi masih boleh disantap. Selalunya kalau yang guna santan tu baunya lebih wangi, yang guna susu ni bau susu ajelah...kira2 macam x berapa sesuai la kot. Boleh...boleh aje kalau nak guna pun...bukan x boleh.
 Apapun, bergantung juga pada selera masing-masing.

Untuk adunan ni, cheq sue buat separuh aje, dapat 5 biji acuan cup cake. Rasa2 kalau buat satu adunan pun tak banyak sangat dapatnya. Kalau sape yang nak cuba tu bolehla tambah resepi ni dalam koleksi. Cheq sue buat 4 warna, tapi tak terfikir pulak lapisan oren dan merah tu, dah jadi macam 1 kaler pulak. Lain kali kena note la kesilapan ni ya. TQ pada Kak Reen yang sudi berkongsi resepi ni. Wassalam...




 
KUIH LAPIS RAINBOW
Resepi : Reen Khan

Bahan bahan
2 cawan santan cheq sue ganti dgn susu cair
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastard
1 cawan tepung gandum
1/2 gula pasir
1 sudu teh garam halus
pewarna :merah hijau ,ungu dan kuning terpulang pd kesukaan

Cara cara
1.Gaulkan semua bahan sehingga sebati tapiskan
2.kemudian bahagikan adunan kepada 4 bahagian warna
3.masukkan satu senduk adunan merah ke dalam loyangdan kukus 5 minit
4.lapiskan satu senduk warna hijau dan seterusnya warna unggu dan warna kuning
5.ulangi sehingga habis dan kukus hingga masak.
 

3 comments:

  1. Salam kak, santek2!! ada lagi tak? kita tgh lapo niii hihihi...

    ReplyDelete
  2. pernah buat gak kuih lapis rainbow tapi resepi kak yatie.. punya lembutt nak potong. tapi sodap;.. cantik a cheqsue lapis tu..

    ReplyDelete
  3. terima kasih kerana sudi mencuba resepi.. :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]