Tuesday, February 28, 2012

Butterscotch Danish Bun


 
 Uitt... lama tol tak hapdate blog
Ada orang tunggu?
Ada orang datang ke blog cheq sue nih?
Tq ya...

BDB ni saya buat hasil olahan danish bun yang dikorek dari MyR
Kebetulan sos butterscotch tu masih ada berbaki, so saya usha la resepi roti
Terpikat pulak dengan resepi Duja ni, sebab senang
Dengan sukatan cawan-cawan, xyah timbang
 
Untuk buat ni, cheq sue lebur je semua dalam BM
Dengan sedikit olahan, berjaya jugak akhirnya menghabiskan sos butterscotch tu
Sebenarnya bun ni berinti, macam2 buleh taruk dalam tu
Kismis, kacang, choc chip, ikut je selera memasing
Cheq sue rollkan dengan sos, selain masukkan sikit dalam adunan
Memang masyuk sangat tau time panas2 baru keluar oven tu
Harum aje...
Tapi sebab buat ni tergesa-gesa, x terasa sangat sos kat dalam tu
Untuk adunan ni pulak, cheq sue buat roll separuh aje, yang selebihnya tu dibuat bentuk bun
Adunan yang dah di roll dengan sos tu cheq sue penaikkan aje dalam acuan kek sifon
Bila dah masak elok aje jadi tinggi sebelah sebab adunan tak sama banyak
But....
Still nice kan??
 




 
Pada selera cheq sue, roti ni sangat lembut walaupun dah sejuk
Kalau yang xde BM tu pun boleh buat secara manual
Cheq sue syorkan tau korang buat roti ni
Memang puas hati..
Wassalam...
 


 Zoom in..


BUTTERSCOTCH DANISH BUN
Resepi : Duja @ MyR
 
Bahan-bahan ( 25 biji ) 
...bahan roti....
2 cawan tepung gandumcheq sue tambahkan lagi 1/4 cawan - guna tepung roti
3 sudu besar susu tepung
1 sudu besar gula
1 sudu besar dry yeast
1/4 cawan minyak
sedikit garam
1 cawan air 
+  2 sb sos butterscotch

untuk filling..
100 gm butter
gula
gula perang
kismis + sedikit ceri
cheq sue just roll dengan sos butterscotch
Cara-cara
campurkan gandum dan butter.gaulkan .
masukkan semua bahan roti dan yeast sekali.
uli betul-betul.lama sikit lagi baik.uli hingga adunan tak lekat ditangan. mungkin dia lembik sikit.
simpan dlm bekas . tunggu tak lama cuma 10 minit je .
setelah doh naik..bahagikan 3.Canaikan atas papan ..
mula-mula sapukan butter dulu...
kemudian letakkan bahan lain..gula dan kismis.
kemudian gulung.Potong kan beberapa bahagian kecil.kepit kan dan masukkan dalam dulang pembakar.
bakar dengan suhu 200’C lebih kurang 15 minit

6 comments:

  1. assalam cheq sue..betul ye tak de BM pun boleh..selama ni acik tak berani nak cuba sebab tak de BM

    ReplyDelete
  2. Saya ni bila takde BM, tergedik gedik nak membeli, bila dah ada, BM tu dok bertengek atas kaunter sebab tuannya malas. hehehehe...

    ReplyDelete
  3. minat sangat dengan butterscotch yang gardenier punya tu..tapi mahal sangat..hehe

    ReplyDelete
  4. Salam Cheq...Nampak menarik juga roti ni...mesti sedap buat sarapan ngan teh/kopi panas...

    Sue sejak dapat cara/teknik dari kak Ros JintanManis baru confiden nak uli roti guna tangan..

    ReplyDelete
  5. tun duk tenung2 roti tu.. bentuk ape tu kak? hihi....
    td tgk nani post resepi butterscotch, pasni buleh buat roti butterscoth jugak ^^

    ReplyDelete
  6. salam cheq sue,

    baru semalam dan arini buat biskut butterscotch, tp resepi lain. guna telur dgn b.s & b.p. rasanya yg ni lg rangup, kembang dan tak keras sgt banding resepi lagi satu. problem sikit guna sos ni, sbb dia bila bakar gulanya bertambah caramelized jd biskut kalau jenis mmg rangup makin bertambah rangup.

    cari resepi mat salleh pn takde satu yg buat homemade butterscotch chips, mgkn salah satu sebab bahan2nya takleh/sukar nk dapat. chips tu ada bahan nk kekalkn bentuknya ketika dibakar. susah gak ek kita nk cari yg leh ganti butterscotch chips ni? kecuali guna sos dan candy, tu je la yg sy leh fikir.. hmmmm...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]