Monday, November 14, 2011

Udang Sos Plum

 
Hari ni bermulalah peperiksaan SPM bagi semua pelajar tingkatan lima di semua sekolah seluruh negara. Setelah 1 @ 2 tahun di tadika, 6 tahun di sekolah rendah dan 5 @ 6 tahun di sekolah menengah, segala yang telah dipelajari akan diuji bermula hari ini. Kepada semua, cheq sue ucapkan selamat berjaya. Buat semua pelajar tingkatan 5 SMK Kampung Raja, semoga kejayaan akan menjadi milik kita. Cheq sue juga hari ini memulakan tugas sebagai pengawas peperiksaan di SMK Ringlet, berjarak 38 km, bertempoh 45 -1 jam perjalanan. Fuhhhh, ini kali pertama mengawas SPM di sini, xleh nak tumpang orang sebab mabuk. Terpaksa bawa kereta sendiri. Heeeeee. Jadi, kebanyakan n3 cheq sue akan diautopost, dan insyaAllah cheq sue akan reply komen (kalau ada *_*) dan jugak BW lepas balik tu ye.....
 
 Udang sos plum ni cheq sue buat bersama nasi jintan manis dan daging dendeng semalam. Sebab daging tu sikit, so topaplah lauk tu dengan udang. Resepi sebenarnya menggunakan ayam, tapi cheq sue sengaja mencubanya dengan udang yang masih banyak dalam stok. Alhamdulillah rasanya tidak mengecewakan. Cuma cheq sue minta maaf dulu pada Mieze sebab dah oter sikit resepinya ni. Asyik2 ayam, kesian pulak kat udang tu bagai memanggil2 aje suruh masak. :)


 
Lauk sebegini memang sedap dimakan dengan nasi putih atau diratah. Rasanya ada sedikit gaya masakan Thai, tambah2 dah masukkan daun limau purut. Bukan apa, bila keluar ambik serai tadi tengok daun limau purut cantik2 aje kat pokok, tu yang cheq sue masukkan. Bagi sape yang kekeringan idea nak masak lauk apa, bolehlah cuba resepi ni. InsyaAllah tak mengecewakan. 
Wassalam...
 
UDANG SOS PLUM
Resepi : Mieza
Olahan : Cheq Sue (dalam tulisan merah)
 
Bahan-bahan :
Ayam - bahangian isi seperti peha dan dada cheq sue tukar kepada udang, buang kepala dan ekor
Garam kunyit secukupnya
Sedikit tepung jagung
3-4 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - belah 8
1 inci halia - cincang
5-6 biji cili api - hiris kecil
1 biji tomato - belah 8
3-4 sb sos plum - mieza pakai brand life *
2 sb sos tiram *
2 sb sos cili thai *
1 biji capsicum - optional
Sedikit carrrot - potong panjang
Bunga kubis - mieza tak letak sebab tak ada
Minyak masak untuk menumis
sedikit sos cili & sos tomato
Daun limau purut

Cara-cara:
1. Ayam dipotong kecil dan digaul garam kunyit. Salutkan ayam dengan tepung jagung dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan. cheq sue perap dulu udang dengan bahan *
2. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar cili api dan halia hingga wangi. cheq sue masukkan sekali daun limau purut
3. Masukkan semua sos yang lain dan juga sayuran. Tambahkan sedikit air jika perlu. Reneh sekejap hingga sayuran masak.
4. Tambahkan udang yang telah diperap, sos cili dan sos tomato ayam yang telah digoreng dan gaul rata dalam sos. Akhir sekali masukkan tomato dan capsicum.
5. Angkat dan hidang dengan nasi putih. 

8 comments:

  1. Bestnya kalau dapat mkn tuk lunch ni...sedapnya...:D

    ReplyDelete
  2. bak sepiring Cheq Su, boleh cicah dengan lempeng kelapa :)

    ReplyDelete
  3. siok makan ngan nasi putih..emmm sedapnya..

    ReplyDelete
  4. Aduhhh... cheq Sue sedapnya kakak tengok gambar pun dah teringin. Syoknya org rajin masak kan... selalu makan sedap-sedap.:)

    ReplyDelete
  5. nk mintak udang sue ler..nk mkn ngan nasi...sedapnyer

    ReplyDelete
  6. cheq sue suka udang ye..sama ngan acik dari dulu lagi..suka makan udang.goreng aje pun sedap..

    ReplyDelete
  7. Kak Cek, Kak Xora, Nurpiska, Rahel, Kak Zakie, Kak Ida, Acik Erna > TQ kerana sudi tinggalkan komen. Udang sos plum ni memang sedap, ala2 Thai pun ada, sesuai sgt dengan nasi putih, tak rugi kalau cuba. *_*

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]