Tuesday, November 15, 2011

Wholemeal Tortilla ~ Olla...

 
 
Dah lama nak buat tortilla ni. Resepi pun dah lama cheq sue mark. Tengok ke caranya tu senang aje, rupa2nya bila buat pun memang senang. Cuma nak dapatkan tepung wholemeal tu yang susah sikit. Kebetulan ke TESCO baru2 ni, ada terjumpa jenama NONA, terus aje beli sekotak.
Resepi ni x dapat banyak, cheq sue buat kecil2, dapat 6 biji aje. Dah berangan2 lepas ni nak makan tortilla macam kat KFC tu. Letak ayam, sos, salad...aduhhh sedap eh. Kalau boleh nak buat terus ni. Kemain la tu kunun.... Ala, apa salahnya koya2 sikit...janji bahagia




Sekali tengok, ada jugak rupa capati cuma tekstur tortilla ni lagi lembut. Sebelum nak guna tu kena la panaskan dulu, baru la terasa kelembutannya. Mmmmm korang layanlah tortilla ni dulu ye, cheq sue jaga exam lagi harini, balik nanti insyaAllah cheq sue uploadkan resepi simplenya pulak.
Wassalam...

WHOLEMEAL TORTILLA
Resepi : Kak Wan @ Citarasawan
 
Bahan-bahan
150gm tepung high protein
50gm tepung wholemeal
1/2 tsp garam halus
1/8 tsp yis segera
1/8 tsp baking powder
110ml air
10ml olive oil

Cara-cara :
1.  Satukan semua bahan kecuali minyak dan gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.  Kemudian masukkan minyak dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.  Biarkan selama 1 jam di tempat panas.
2.  Bahagikan adunan kepada 5 bahagian dan bentukkan menjadi bulat.  Rehatkan selama 10 minit.
3.  Canai setiap doh menjadi 20cm (8" bulatan) dan nipis.  Goreng di dalam non-stick pan tanpa minyak dengan api yang perlahan.

7 comments:

Liza said...

liza suka ni...biasa mkn ngan inti salad ayam.....bestttt...hihihi

Amie said...

Assalamualaikum Cheq Sue,
kami sekeluarga suka makan roti tortila tapi guna tepung gandum je... sedap sangat makan dengan daging berempah!

Zaliedana said...

Amboi rajinnyer cheq sue wat tortila sendri,ct xpernh wat,duk mkn yg kfc jerla,sdp kan..

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Sue, whhhhhhh....kalau buat tortila macam KFC, bolehlah boh ayam dan mayonis banyak2..eh eh ikut selera sendiri pula....

Yana Shaiful said...

kita suka tortilla..sedap mkn dgn salad ayam :=)

Cheq Sue said...

Liza, Kak Amie, CT, Sue & Yana - tq sudi singgah kat dapur sunyi ni. pertama kali buat tortilla sendiri ni memang suka sgt sebab senang aje rupanya...lain kali nak kena buat lagi la nampak gayanya ni

EmbunRosaliza said...

Assalam sue, bestnya kalo dapat mkn tortilla buatan sendiri ni