Wednesday, November 30, 2011

Eggless Choc Rice & Raisin Strawberry Muffin

 
 
Dah lama sangat rasanya x menggodek muffin. Bahan2nya ada, tapi rajinnya tiada. Masa yang agak terhad membantutkan keinginan. Tapi malam tadi tah tetibe rasa nak buat, tambah2 bila dapat resepi Kak Fida yang memang senang ni. Risau jugak, ahli2 yang tukang perabis dah balik kampung, entah siapa yang nak habiskan. Cheq sue kalau spesies mufin ni memang seketui dua ajelah, tapi bila dah nak buat takkanlah nak bahagi 8 satu adunan tu. Walaupun adunan ni tak banyak, tapi dapat jugak la dalam 25 biji mufin. Banyak jugak tu
Sudahnya cheq sue bawak ke dewan peperiksaan hari ni. Maaf ya, n3 ni pun diautopost sebab cheq sue masih mengawas setengah hari... :)  Tak tahu la camana rasanya, malam tadi dicubit2 aje, nanti balik baru boleh komen eh...


Istimewanya muffin ni disebabkan tiada penggunaan telur. Walaupun nampak macam keras di bahagian atas tu tapi percayalah rasanya memang gebu dan lembut. Bila buat muffin ni tak rasa bersalah langsung walaupun ketara sangat meekah kat atas tu kan? He he he...
 

Kalau sape yang agak2 tak percaya tentang kelembutan muffin ni bolehlah mencuba, dan boleh pula diejas mengikut kreativiti masing-masing. Yang cheq sue ni dimasukkan strawberry emulco, so ada la bau2 strawberi sikit. So, jangan tak cuba kay... Wassalam...
 
EGGLESS CHOC RICE & RAISIN STRAWBERRY MUFFIN
Resepi : Kak Fida @ MyR

Bahan A :
2 cawan tepung gandum(250g)*  
1/2 sk bicarbonate of soda*  
1 1/2 sk baking powder* (* ayak bersama)  
1 cawan choc. chips (cheq sue campur 1/2 cwn choc. rice + 1/2 cwn raisins)  
 
Bahan B :  
60g mentega (1/4 buku) - dicairkan  
3/4 cawan susu segar  
1/2 cawan gula castor (boleh kurangkan) 
1/2 sk esen vanilla cheq sue ganti dengan 1 sk strawberry emulco

Cara-cara
  1. Campurkan bahan2 A dalam mangkuk dan buat lubang di tengah2nya.
  2. Satukan bahan2 B dan kacau rata dan tuangkan ke dalam adunan tepung.
  3. Kacau adunan hingga rata dan masukkan ke dalam mangkuk muffin 2/3 penuh.
  4. Bakar pada suhu 175C selama 25-30 min atau hingga masak ikut kepanasan oven masing2.
  5. Enak di makan ketika muffin masih hangat atau pon dah sejuk.

6 comments:

  1. morning kak sue... jakun tun nengok mapin xde telur dan vinegar. biasa kalau eggless akan letak cuka bg utk replace telur.. 25 biji! byk betul tu.. biasa tun wat 1 adunan dlm 12 biji. kalau tun kt sana blh jugak tumpang makan.

    ReplyDelete
  2. salam cheq sue...lenkali mai la hntar mapin tu kat sini...xpe, kat sini ramai yg nk tolong perabis....hihihhi

    ReplyDelete
  3. Lama dah kak cek tak buat muffin2 ni...tetiba tgk muffin kat sini...teringin lak nak buat...aduhai! sumenya teringin...camana nak diet ni...

    ReplyDelete
  4. wahhh lama rehat ya?semoga sihat selalu.seronoknya jadi cikgu, ada cuti semester lama eikkk.

    ReplyDelete
  5. cheq sue..mieza nak copy resepi ni lah dulu..sebab esok nak ke cameron boleh la beli strawberry utk buat muffin ni..nampak yummy sesangat mapin cheq sue ni :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]