Angel Hair & Potato ~ Ala Olio Simple
Angle Hair ni cheq sue masak semalam untuk dinner sebab nak makan ubat. Kat dapur memang ada stok lauk tapi semua dok lam freezer, malas nak defros, cheq sue guna aje apa yang ada. Kira2 makan ala2 vege ajelah. Tawakkal aje masa nak masak tu, maklumlah x pernah masak something yang macam ni kan... Ikut2 aje selera sendiri. Nasib baik kira ok jugak.
Tapi yelah, bila namanya pestaim tu ada la kat sesetengah bahagian yang boleh dibuat penambahbaikan macam dari segi kepekatan kuah, lauk @ sayur dan juga kepedasan. Yang cheq sue buat ni memang paling simple lah. Bahan tak banyak, cara pun senang. Sebenarnya jugak, tak tahu nak letak nama apa, main letak aje nih, kalau sape yang nak cuba tu dipersilakan lah. Bila dah makan rasa ok aje pada tekak i ni... Eh, tetibe aje! Oklah...korang jamu2 mata la dulu ye... Wassalam...
ANGEL HAIR & POTATO ~ ALA OLIO
Resepi : Cheq Sue
Bahan-bahan :
Angel hair secukupnyan (agak2 seorang makan) - rebus dengan sedikit garam hingga lembut dan toskan air
1/2 biji bawang besar - dadu
1/2 kiub pati ayam
10 biji kentang kecil @ 2 biji kentang besar - dadu yang cheq sue buat tu kentang kecil, x buang kulit
1 cawan air *
1 cawan susu segar *
* Boleh dilebihkan
Secubit oregano
Kalau suka boleh tambahkan lada hitam
Cara-cara :
Panaskan minyak & tumis bawang besar hingga layu.
Masukkan ubi kentang, oregano, air dan kiub ayam, masak hingga kentang empuk
Masukkan susu segar, masak hingga mendidih dan masukkan pula angel hair
Masak seketika dan bolehlah diangkat.
Enak dimakan semasa masih panas, tapi berhati2 yer...
Sana sini dok tayang western food...biru2 dah mata hitamku...tak nak pelawa kak cek makan ke....sedap je nampaknya...:D
ReplyDelete10 bijik kentang?? mesti comel2 je ketang tu kan.. x sihat lg kak? take care ye,
ReplyDelete