Tuesday, November 29, 2011

Ada Yang Rindu.......???

 
 
Fuhhhhh....fuhhhh.... adoi, banyaknya sawang kat rumah buruk cheq sue nih. Seminggu rasanya x menjenguk ke sini, macam2 cerita yang tertinggal. Apa khabar korunk semua? Harap2nya sihat2 aje dan bahagia dengan aktiviti seharian. Cheq sue ni kemain lama x menghapdet, dek kerana kekangan masa dan urusan dunia yang x sudah2. Ada jugak sesekali menjenguk ke rumah kawan2, tapi x sempat meninggalkan jejak. Sepanjang kehilangan cheq sue ni, ada tak yang rindu-rindu?  Maafkan cheq sue ye kerana pergi tanpa pesan. Terima kasih pada yang masih sudi menjenguk ke sini dan berterusan menatap kisah lala ala Thai tu. TQ uoals...
Masih belum terlambat barangkali untuk cheq sue menitipkan Salam Maal Hijrah 1433, semoga dengan kehadiran tahun baru Islam ini akan terus meningkatkan keimanan dan kefungsian kita sebagai khalifah di bumi ini. Semoga hari2 yang mendatang akan lebih bermakna buat kita. Dikesempatan ini juga cheq sue nak ucapkan tahniah kepada Izah yang kini sedang hamil anak ketiga. Pening dok fikir, siapa selain Mas...rupanya Izah juga mendapat tuah. Semoga kedua2 sahabat ini akan dilindung Allah dan sejahtera aje selama tempoh itu. Cheq sue tumpang gembira!

Okay...kita tinggalkan cerita ceriti cheq sue ni, jom nengok ke lauk ayam harum thai ni, memang ramai sangat yang dah cuba. Cheq sue buat ni pun 2 3 hari lepas, dok tersimpan aje di dalam draft.  Memang ayam ni sedap sangat dimakan dengan nasi putih. Cheq sue buat ni ringkas2 aje, cuma tambah baby corn, selain dari capsicum. Cuma macam biasalah, cheq sue buat berkuah sikit.




Mmmm...bila dah lama x berceloteh ni, kering idea pulak rasanya. Heeeeee.... Nantilah cuba ambil mood balik. Harap2 lepas ni tetap semangat nak berblog... Wassalam...

AYAM HARUM THAI
Resepi : Oshin @ MyR

Bahan A ** semua bahan A dihiris nipis
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan B *** campurkan semua bahan B jadikan sos
2 sudu besar - sos cili
1 sudu besar - sos tomato
2 sudu besar - pes tomyam
2 sudu besar - kicap cair
2 sudu besar - kicap manis
1 biji air perahan limau nipis
daun sup (dihiris nipis)
Isi ayam (dipotong dadu) - diambil dari 1/2 ekor ayam
2 batang serai - dititik
4 helai daun limau purut
2 biji lada bengala/capsicum (dibelah 4)
cheq sue tambahkan baby corn yang dihiris nipis

Cara-cara
Panaskan minyak didalam kuali tumiskan Bahan A hingga wangi Kemudian masukkan Bahan B & tumiskan hingga wangi
Masukkan isi ayam, serai dan daun limau purut
Masak lebih kurang 10 minit dengan api perlahan & kacau2...
Akhir sekali masukkan lada bengala/capsicum...
Selamat mencuba.. sekali cuba pasti nak lagi.. hehehe

8 comments:

  1. salam maal hijrah cheq sue...amek mood jangan tak amek...mokwo pun mood sedang dok di kampung nun jauh! huhu...tapi mood makan tetap segar bugar!:))

    ReplyDelete
  2. salam maal hijrah cheq sue..jgn tinggal dapur lama2 tak larat nak sapu sawang nanti.hehe

    ReplyDelete
  3. assalam sue, sedap ayam harum thai tu. jgn la ikut mcm cuti skolah lak hehe, cuti ke dapur

    ReplyDelete
  4. Cheq sue..salam maal hijrah.
    memang ramai yang merindukan cheq sue.

    ReplyDelete
  5. cheq sue..mieza pun dah cuba resepi ni..sedap kan..mieza suka..sukanya mieza dgr mas dan izah tu preggy nak dapat baby..masa mieza preggy dulu pun memang setahun tak berblogging..tak larat..semoga keduanya sihat2 selalu...

    ReplyDelete
  6. Assalam cheq sue ..Cek rindu kat hg cheq sue oiiii..Bz jaga peksa ka..Sedapnyer ayam tuh..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]