Memang sedap kuetiau haufan ni dimakan semasa masih hangat @ suam-suam. Dah lama jugak mark resepi ni. Balik dari kg minggu lepas, ada beli kuetiau di Gua Musang. Sampai ke hari ni baru buat, esok dah nak balik kg lagi, terpaksalah habiskan mana2 stok yang ada dalam peti tu. Korang camana, balik tak untuk raya haji? Kalau tak dapat balik bawak2 la bersabar ye... Cheq sue dapat cuti sampai Selasa, dapat la 2 3 hari raya tu. Kalau tak balik tu rasa ralat pulak sebab x jauh mana sangat...
Rasa-rasa cheq sue, kuetiau haufan ni adik beradik la dengan kuetiau ladna...cuma ada sedikit perbezaan dari segi rasa. Cheq sue suka sgt makanan macam ni... memang layan kalau dapat makan. Tambah2 kalau ada seafood lagi la semangat nak habiskan. Kebetulan kat rumah pun masih ada kicap campur segera, so alhamdulillah dapat cheq sue habiskan. Lepas ni nak buat sendiri pulak..
Biasanya, kalau masakan macam ni lebih sedap jika ada rasa sedikit pedas sebab ia dapat mengurangkan muak. Cheq sue tadi letak lebih sikit lada sulah sebab cili padi xde....padahal cili segar ade, terlepas pandang bahan-bahan agaknya. Tapi untuk cheq sue yang x berapa suka pedas ni kira2 ngam lah.
Kalau sesape yang sukakan chinese food tu bolehlah cuba masakan ni. InsyaAllah akan menepati citarasa. Cheq sue dah selesai berdinner...korang x terliur ke? He he he.....
Wassalam...
KUETIAU HAUFAN
Resepi : Mas @ Duniaku
Bahan A :
500 gm kuetiaw
3 sudu besar kicap campur
sedikit minyak untuk menumis
Bahan B :
3 cawan stok ayam - kalau tak ada air biasa pun boleh
1 pokok sawi - basuh dan potong2 ganti dengan lobak merah
12 ekor udang
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar kicap campur
2 biji telur 1 biji je
sedikit lada sulah
cheq sue tambah sedikit daging ayam dan daun kucai
Cara memasak :
- Panaskan minyak, masukkan kuetiaw ( kalau suka pedas masukkan cili padi yang diketuk sekali ) dan kacau, masukkan kicap campur dan kacau hingga kuetiaw kelihatan sebati @ garing sikit jika suka. Angkat dan letakkan dalam pinggan. Cheq sue tumiskan 2 biji bawang putih cincang sebelum masukkan kuetiau dan sedikit kicap manis
- Masukkan stok ayam dalam periuk,apabila mendidih masukkan sedikit kiub ayam, udang dan sawi, apabila udang bertukar warna masukkan kicap campur(kalau rasa kurang masin boleh tambah lagi ), kacau, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung (kalau suka kuah pekat boleh letak lebih) masukkan bancuhan tepung sedikit2 dan kacau untuk lihat kepekatan kuah, kacau lagi, apabila mendidih, pecahkan telur dan masukkan telur kedalam kuah tadi dan terus tutup api.
- Kacau kuah tadi bentuk bulat dan tuang keatas kuetiaw yang digoreng tadi.Tabur lada sulah diatasnya. Sedia dimakan.
hari tu Liza ingat nk try buat kuetiaw ni, tp anak2 request nk char kuetiaw pulak...potong stim betul la diaorg ni...hihi
ReplyDelete@Liza
ReplyDeleterasa2 dengan char kuetiau lebih kurang je kot.... kalau berbeza tu sikit aje... nanti dah buat kicap campur tu cheq sue nk try buat jugak char kue tu
kak ros tak balik kpg la che sue.Banyak sangat kerja.Lagi pun tahun ni tak buat kurban.Kirim salam la semua org kpg deh.
ReplyDeletenak sikit..
ReplyDeletememang sedap makan panas2 ni kak
ReplyDelete@Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot
ReplyDeleteRaya haji ni ramai yang x dapat balik Kak Ros, cuti pun bukan lama sgt...
@norlieharumaini
ReplyDeletemeh la sini kak norlie...kite makan sesame
@Munnafendy
ReplyDeleteHa ah munna...memang sedap kalau masih panas2 tu, kalau dah sejuk rasa macam muak pulak
assalam cheq sue..acik tak pernah buat dan tak pernah makan..biasanya goreng aje..
ReplyDelete@Acik Erna
ReplyDeleteacik...nanti boleh la cuba ni...memang sedap tau..
mula2 baca ingat taufan...hihi
ReplyDeletesedapppnya...terliur ni
@kasihredha
ReplyDeletehe he he...jangan kak, kang lintang pukang jadi kuetiau ni
Sikit lagi jadi taufan.. jgn mare ye.gurau2 pagi jumaat.
ReplyDeletesungguh terliur tengok ni! dari hari tu lagi tengok kak q duk tayang2...sampai hari ni belom buat2 lagi
ReplyDelete