Friday, November 4, 2011

Ikan Bawal Bakar Portugis



 
 
Hari ni insyaAllah akan balik kg selepas sekolah. Rasa baru je balik bercuti... kalau x raya memang nak lepak aje sini. Badan pun masih penat, barang2 pun dok bersepah2 aje lagi. Tak cukup kaki tangan nak membuat itu semua. Tambah pulak ada rasa malas, mmmmm lagi la x buat.

Cerita tentang ikan  bakar portugis ni, cheq sue buat semalam, habiskan stok ikan bawal. Dulu dah buat ala-ala portugis tapi caranya sedikit berbeza. Kali ni cheq sue skodeng resepi ni jauh tau...merentas selat Melaka hingga ke Singapura. TQ Kak Nur...



 
Kalau nengok ke ikan dan hidu baunya tu memang nyaman aje. Nak rasa x boleh lagi, sebab too early. Cheq sue bawak ni ke sekolah. Tapi bukan nak kata lah... naluri hatiku berkata memang sedap! Heeeeee. Selalu kalau kat kedai, memang semerbak aroma ikan bakar ni sebab mengandungi bermacam rempah ratus yang mengembang ngempiskan hidung. Tambah2 pulak bila dah bakar dalam daun pisang. Cheq sue bakar dalam oven aje, beralaskan daun pisang di dalamnya.
 
Cara penyediannya pun senang, kalau disiapkan lebih awal dulu rempahnya pun boleh sebab kita akan tumis dulu nanti. Untuk wanita yang sentiasa bz @ tak cukup masa tu memang sesuai la masak ni. Cheq sue dah buat, harap2 lepas ni korang bolehlah cuba. Mmmmm tak sabar nak makan ni!
Wassalam...
IKAN BAWAL BAKAR PORTUGIS
Resepi : Chef Wan
Sumber : Nuridah S'pore
 
Bahan-Bahan :
1/4 cawan minyak masak
air perahan daripada 1/2 biji limau nipis
1/2 sudu kicap pekat
garam dan gula
1 ekor (600 gm) ikan bawal, dibersihkan
daun pisang

Dikisar Halus :
4 tangkai cili merah
4 biji buah keras
8 ulas bawang merah, dikupas
1 batang serai, dihiris halus-halus
1/2 sudu teh belacan
1 sudu besar cili serbuk
2 helai daun limau purut

Cara-Cara
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi. Tambah air limau nipis, kicap, garam dan gula.
2. Lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang dimasak dan bungkus ikan dengan sekeping daun pisang .
3. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180c/350F selama 20 minit atau panggang di atas bara api yang marak.

14 comments:

  1. ikan bakar mmg sedap kan cheq sue..tambah2 yg bakar stail cmni dlm daun pisang ....perggghhh mmg mkn xhengat dunia la....hihihi

    ReplyDelete
  2. sedapnya!
    kgn lupa pos kat umah saya okeyh!

    ReplyDelete
  3. assalam sue, sedapnya ikn bakar tuh..best blk .kg, akk blk pg esok

    ReplyDelete
  4. @Liza

    memang sedap ni tambah2 di makan panas...semerbak baunya

    ReplyDelete
  5. @EmbunRosaliza

    kalau dah namanya raya, x sah kalau tak balik kak....mau demam rasa

    ReplyDelete
  6. nmpk ikan bakar c.sue ni..terus lapor nasi la pulak...lunch lum prepare lg ni

    ReplyDelete
  7. cheq sue..ptg sat lagi otw balik kerja nak singgah beli ikan nak wat bakar macam ni gak...nampak sedap giler...ari tu pun mieza nampak resepi ni kat umah Kak Nur singapore tu :)

    ReplyDelete
  8. kak sue tu..

    lamo xziaroh cni..

    perghh.. ikang bako terr...

    bjayo!

    ReplyDelete
  9. Owh pengsan tgk ikan bkr yg sedap tu...

    ReplyDelete
  10. terliur tgk ikn ni chq sue, mesti sdp.

    sy tag cheq sue ye..
    http://kunangkunang3017.blogspot.com/2011/11/kene-tag-dan-kene-mengetag.html

    ReplyDelete
  11. bestnye cheqsue dah balik kg....

    selamat hari raya cheqsue...

    ReplyDelete
  12. tgk ikan nie terus akak rasa lapar tau ... sedapnya tgk... pasti wangi jer kan alas ngan daun pisang... lg bertambah sedap

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]