Sunday, November 13, 2011

Karipap Inti Keledek

 
 
Semenjak dua menjak ni, sejak dah pandai membuat kulit karipap sendiri memang dah xde masalah langsung bila rasa nak makan. Cheq sue buat karipap ni pagi tadi, masih menggunakan resepi kulit karipap Tun Telani, sebab senang, sukat2 pakai cawan aje. Xyah refer resepi, memang dah hafal pun. Cuma kali ni cheq sue nak kongsikan resepi intinya yang dibuat sendiri. Selalu kan inti sardin aje, sesekali tukar pada keledek pun x mengecewakan. Sebenarnya inti ni dibuat Aidiladha lalu, tapi tak habis. Cheq sue simpan di freezer, alhamdulillah xde apa-apa. Pagi ni cheq sue panaskan balik dan tambah sedikit air untuk melembutkannya. Agak2 kalau guna inti daging dah xleh makan kot. Resepi inti ni mengikut citarasa sendiri ya. Lain orang lain caranya. Cheq sue ni kira mudah2 aje, nak senang la katakan. Nak buat camana, campur dengan malas jugak. Heeee...pengakuan jujur tu!
 

Kalau dilihat betul2, inti keledek tu agak gelap, sebab tersalah masukkan rempah kerutup, bila tanya mek dia gelak aje. Lepas masukkan rempah kari baru terbau aroma karipapnya. Bila dah kena dengan daun kari lagi la naik wanginya.
 




Pada sape yang nak cuba tu, tapi xde idea, bolehlah guna resepi ni kot2 kena sengan selera. (*_*)
Wassalam...


INTI KARIPAP ~ KELEDEK
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
1 biji bawang besar - dadu
 4 ketul keledek - dadu
2 tangkai daun kari
3 sudu besar rempah kari ikan / daging / ayam
1 kiub ikan bilis @ ayam
Air secukupnya untuk mengempukkan ubi
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga layu. Masukkan rempah kari dan tumis hingga wangi.
Kemudian masukkan ubi keledek, daun kari dan kiub ikan bilis. Rasakan masinnya. Jika sudah ok x perlu masukkan garam. Masak sehingga keledek empuk dan sedikit hancur. Sejukkan terlebih dahulu sebelum diguna.

6 comments:

محمد رازيق said...

cheq sue, mesti terer masak ni..

Mieza said...

mieza selalu buat karipap mesti berjerawat dan terbuka..frust sgt..lepas tu mieza tak buat dah hehehe..len kali order dengan cheq sue je lah :)

nuwairani ismail said...

wah! rajinnya cheqsue...kite tak try lagi doh kak tun ni....semua orang buat guna resepi dia nmpk cantek aje doh tu...

EmbunRosaliza said...

Assalam sue, akk pun suka ngan resipi doh Tin ni, memang senag n sedap je kulit karipap tu. cantik je karipap tu

Cheq Sue said...

Mohd Razik > X la terer sgt, cuma suka masak aje, suka nak cuba

Mieza > Boleh..boleh...takat turun hantar kat Ipoh tu x masalah la.. he he he

Nani > resepi ni senang je nani, kompom jadi plak tu

Kak Rosa > resepi ni memang jadi pilihan ramai kan...mudah dan sedap

quinnie said...

kita ni tak tau bila nak cuba karipap si tun nih..asyik tengok org buat je...huhuhu