Saturday, November 12, 2011

Tuhan Ambil, Tapi Tuhan Beri...

 
 
Sesuai sungguh tajuk tu dengan apa yang terjadi pagi ni. Sesungguhnya kalau bukan rezeki, dah ada dalam mulut pun x sempat ditelan. Apabila telah disuratkan yang sesuatu itu bukan untuk kita, janganlah kita berangan untuk memilikinya. Dan bila pula kehilangan, janganlah pula kita merasa duka. Dalam hidup ini pun begitulah juga... Tuhan tidak memberikan apa yang kita mahu, tetapi Dia memberikan apa yang kita perlu...
 
Semalam, cheq sue buat tau foo fa, menggunakan resepi Adik Nonie. Tengah bekukan dalam peti ais. Bangun pagi tadi, terus rebus air gula. Bila aje buka peti ais, tiba-tiba aje keluar bekas tau foo fa tu, terus ke lantai..belen susu cair setengah tin pun dan habis keluar (agaknya dari malam tadi). Malah kek coklat yang cheq sue buat setengah adunan pun sama terjun dari peti. Pinggan pengalas pun pecah dua. Rasanya semalam dah letak elok-elok. Aduhhhhh memang rasa nak nangis. Dua benda tu dah lama cheq sue dok teringin nak makan. Bila fikir2 kot silap letak, sabar aje lah.
 



Tengah dok fikir2 nak sarapan apa, Aisyah datang menghantar kaserol seramik cheq sue, dulu ada buat makaroni dan dihantar ke rumahnya. tengok2 ada pulut ikan kering dan kelapa manis. Eh, semalam baru terliur di rumah Kak Rose, harini dah ada orang bagi. Terima kasih pada Kak Rini. Ada yang dengar rupanya... Jadi begitulah ya, Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui...
Wassalam...

11 comments:

  1. Itulah Cheq Su yg buat sendiri tak dapat makan tapi lain Allah bagi dgn bukakan hati jiran bagi yg lain...

    ReplyDelete
  2. @Kakzakie

    tu la kak zakie... setiap yang berlaku ada hikmahnya

    ReplyDelete
  3. hoho...lama x makan makanan tradisi ni...

    ReplyDelete
  4. Sabar2.Tapi kes pulut ikan kering gaul kelapa tu memang tak boleh nak sabar la..teringat nak balik kampung huk huk huk..dah la raya hari tu tak balik...kempunan betul la tengok pulut tu.....cheq sue....

    ReplyDelete
  5. Rezeki dipagi hari...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  6. memang bukan rezeki Cheq su lah tu..tak per Cheq Su kan rajin, nanti2 boleh buat lagi

    ReplyDelete
  7. pulut dengan ikan kering!!! memang sedap! dah lama tak makan.

    ReplyDelete
  8. xpelah da xde rezeki nk wat cane.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..ada juga rezki pagi2 ye sue..tak pe..lain kali boleh buat lagi..sedapnya makan pulut cam gitu..teringin la pulak lepas tengok..tapi kan bila org kasi lagi bertambah sedap rasanya..:)

    ReplyDelete
  10. salam cheq sue...rezeki tu kdg2 kita xdapat jangka kan....alhamdulillah

    ReplyDelete
  11. rezeki cheq sue..acik pulak yang terliur tengok ikan masin ngan kelapa tu..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]