Simple Chicken Tortilla
Maaf ya semua, malam tadi x sempat nak BW ke dapur korang, badan penat sgt rasanya. Nak ngadap lappy lelame memang xleh. Sebenarnya boleh balik awal semalam tu, tapi bertamu pulak ke klinik gigi Hospital Sultanah Kalsom, dalam pukul 3 baru siap. Lepak2 di Brinchang, sampai rumah dah 6.30 petang. Kena hujan pulak + cuaca sejuk rasa macam nak demam dah.
Resepi ni pun cheq sue janji nak post semalam kan, tapi xpelah pagi ni baru dapat tayang. Kebanyakan kita memang dah tahu buat pun, tapi cheq sue letak jugak untuk rujukan masa depan, kot2 ada anak2 yang baru nak belajar boleh la buat ikut cara ni. Sejujurnya pulak, tak tahu camana rasa tortilla ayam ni sebab cheq sue x makan pun. 5 biji yang dibuat tu semuanya dihantar ke rumah kawan. Ada lebih satu lagi, tapi xterbuat sebab tuan tanah ni tetibe aje sakit gigi. Kiri kanan xleh nak gigit. Tensen...tensen...
Seronok jugak dah pandai buat resepi ni sendiri ya. Kalau gunakan ayam fresh, mesti lagi juicy rasanya. Kalau nak dimelayukan dengan inti daging berempah bak kata Kak Amie pun boleh, bergantung pada citarasa dan kreativiti masing-masing. Kalau nak letak mozarella ke, jalapeno ke lagi la menyedapkan resepi ni. Kalau ada masa tu jemput la cuba ya!
Wassalam...
SIMPLE CHICKEN TORTILLA
Resepi : Cheq Sue
Bahan-bahan :
5 keping tortilla (homemade / instant)
2 keping daun kobis - hiris halus
2 biji tomato - dadu
1/2 biji timun batang - buang bijinya dan dadu
Sedikit garam & oregano
5 ketul ayam spicy segera - goreng hingga masak dan siat isinya
Sos cili Thai & mayonis secukupnya
Aluminium untuk memanggang
Cara-cara :
- panaskan sedikit minyak dan tumis seketika tomato, timun dan kobis - agak2 sehingga kobis layu. Perasakan dengan garam dan tabur sedikit oregano
- panaskan oven pada suhu 200'C
- potong dadu ayam spicy segera yang telah digoreng
- letakkan sekeping tortilla di atas kertas aluminium, masukkan tomato, timun dan kubis yang telah dimasak seketika tadi, diikuti dengan isi ayam yang telah dicincang
- tuangkan sedikit sos cili Thai dan mayonis
- kemudian, gulungkan tortilla dan balut bersama aluminium foil
- bakar selama 5 minit (untuk melembutkan kepingan tortilla je...)
Camana sakit gigi..hope dah ok...
ReplyDeleteSedapnya menu ni...leh gak kak cek cuba2 buat nanti...thanks for sharing...
wallaaa... nmpk mcm yg kepci punya laa.. dah lama betul tun x makan tortilla nih..dulu2 pernah buat tp guna tortilla instant je la.. hihi
ReplyDeletesalam cheq sue...kalau letak ayam panggang pun best tau...nape xpos kat btg kali ni? uiiissshh
ReplyDeletesedapla..nak try la buat sarapan pagi..TERBAIK!!
ReplyDeleteKak cek > entahla kak cek, selalu sgt sakit gigi. minggu depan kena pi cabut dah..
ReplyDeleteTun > nampak aje tu tun, rasa lom tentu
Liza > laaaaa, dok batang kali aje ka? awat la x tau selalu aje dok ulang alik kot situ kalau pi key ell. nanti leh la singgah
Shark > sila la cuba ya...insyaAllah dapat tambah skil masak... :)