Monday, November 14, 2011

Tau Foo Fa, Akhirnya

 
 
Dah habis sehari peperiksaan SPM. Katanya soalan Bahasa Melayu agak senang. Wallahu'alam sebab cheq sue tak mengajar. Pada hari pertama ni macam2 yang terjadi. Ada yang menjawab x menoleh kiri kanan, ada yang tidur dan ada jugak yang melukis...xde idea la tu. Agak penat jugak harini, maklumlah keadaan sekolah yang berbukit, 5 6 kali mengiring calon ke tandas sudah cukup melonggarkan sendi anggota. 

Tinggalkan dulu hal penat2 ni, cerita tentang tau foo fa pulak. Dah lama nak buat tapi asyik tertangguh aje. Sekotak soya segera yang dibeli kejap aje habis diminum. Pernah jugak cheq sue buat guna soya jagung, tapi menggunakan serbuk agar2 segera NONA (satu kotak RM 2) tapi hasilnya tak menjadi, x beku seperti sepatutnya malah lebih kepada dadih. Kali ke 2 buat walaupun x berapa menjadi sebab lupa nak kacau masa didihkan, masih boleh dimakan tetapi nampaknya bukan rezeki cheq sue. Tau foo yang disejukkan dalam peti tiba2 aje terjatuh semuanya ke lantai. Nampaknya ada aje penghalang cheq sue nak merasa homemade tau foo fa ni. Kali yang ke3 ni cheq sue buat sendiri air soya. 4 cawan dibuat tau foo fa dan selebihnya diminum. Tetapi malangnya tak dapat minum banyak sebab tertumpah. Ish ish ish...asyik tertumpah aje. Nasib baik TER....
 


 
Sebenarnya dah beberapa kali jugak buat tau foo fa menggunakan agen pengentalnya iaitu siako tapi memang x pernah dapat hasil yang memuaskan. Soya tak beku dengan baik. Lagipun kandungan bahan kimia dalam tepung siako yang sebenarnya digunakan dalam pengeluaran tauge tidak diketahui komposisinya. Ia sebenarnya berfungsi seperti simen yang menyerap kelembapan untuk biji kacang bagi penghasilan tauge.
 


 
Walaupun tekstur tau foo fa ni agak licin macam agar2, tapi rasanya x jauh sgt dengan yang kat kedai tu. Agaknya kalau guna soya kotak, camana pulak hasilnya. Apapun, dengan adanya resepi ni xde masalah la lepas ni kalau rasa nak makan tau foo fa. Tq Nonie, kawan2 jangan lupa cuba ye.
Wassalam...

HOMEMADE TAU FOO FA
Sumber : Nonie Rahman

Bahan-bahan
4 cawan air soya (nonie guna soya  jagung kotak)
1 sudu besar serbuk agar-agar
1/2 cawan air
2 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
panaskan susu soya.biarkan sekali mendidih.tutup api.
dalam periuk berasingan,panaskan air.masukkan serbuk agar-agar.masak sehingga serbuk agar-agar tadi larut.
apabila agar-agar sudah larut.masukkan air soya tadi dan esen vanilla.
tuang ke dalam bekas dan boleh la disejukkan.biarkan sejuk seketika pada suhu bilik.kemudian sejukkan dalam peti sejuk selama 2-3 jam

UNTUK AIR GULA

Bahan-bahan :
300g gula kabung cheq sue guna nissan kelantan
100g gula pasir
250ml air
2 helai daun pandan

Cara-cara
masukkan semua bahan ke dalam periuk.masakkan sehingga gula larut.sejukkan...
Enak di makan time sejuk2... Perghhhh mavelesssss

14 comments:

IMANSHAH said...

boleh jual pasal malam ler

nonierahman said...

cheq sue nak semangkuk!tq ye cheq sue sebab sudi cuba...

Cheq Sue said...

@IMANSHAH

jual? mmmm xde bakat niaga le cikgu...

Cheq Sue said...

@nonierahman

tq nonie atas resepi mudah ni...memang suka sgt la pasni anytime anywhere xde hal lah kalau nak makan tau foo fa... :)

Mieza said...

cheq sue sedapnya tau fu fah ni..selalu mieza beli time bulan posa kat bazar ramadhan je sebab anak sulung suka makan..nak wat sendiri tak confident hehehe..tapi bila cheq sue ajar ni terasa lak ingin mencuba...mesti anak sulung mieza sukerrrr sesangat :)

Anna Qawina said...

wah...senang gak rupanya nak buat ye..tp rajin ken aadala. kan..hehe..sedap mkn sejuk2...

Zack Zachoes said...

a'kum cheq sue,

waah..boleh cuba ni. aritu beli glukona tu tapi tak buat2 lg (kes M yg melampau). nnt nk cuba cara ni la, nmpk mudah je ;)

Cheq Sue said...

@Mieza

dulu cheq sue pun x berapa confident nak buat sendiri mieza... tapi dengan ada resepi ni memang layan aje. walaupun x sama dengan yang orang jual tu tapi still sedap

Cheq Sue said...

@Anna Qawina

buat ni x perlu rajin ana...ada air soya + serbuk agar2 just enough... he he he

Nieza said...

sedapnya tgk tau fu fah ni ...suka mkn..tapi tak pernah buat sendiri lagi.

Cheq Sue said...

@Zack Zachoes

glukona tu bende ape zack? cheq sue x pernah dengar lagi ni... (ngeeeeee jakunz!)

Cheq Sue said...

@Nieza

haaaa...sedang elok la tu nieza, bahan2 pun x susah nak dapat, buat pun senang, makan pun sedap

Liza said...

salam cheq sue..bru ptg semalam liza buat taufu fa ni, amik dr blog Hana tu...mmg dh selalu sgt buat, anak2 pun suka bangat ni...

EmbunRosaliza said...

menjadi mcm yg jual kat pasar mlm lah sue