Friday, November 18, 2011

Wholemeal Honey Loaf ~ Doh Asas Kak Fida


 
 
Nampaknya tamat sudah sesi persekolahan tahun 2011. Banyak coretan suka duka, rentetan kenangan yang telah ditinggalkan.  Di penghujung Disember nanti akan bermula pula sesi 2012 dengan pelbagai persediaan  yang perlu disediakan. Selamat bercuti pada semua warga SEMEKAR dan jumpa lagi di tahun hadapan. Pada semua rakan guru, selamat bercuti seketika, rehatlah minda dengan rawatan sepatutnya untuk menghadapi cabaran dan karenah pelajar akan datang... (*_*)
Dah dua kali jugak buat roti menggunakan resepi kak fida ni. Memula sekali buat masa Aidiladha lalu, memang menjadi, lembut dan gebu aje walaupun x menggunakan water roux ataupun bread @ dough softener. Selalunya resepi by Kak Fida ni memang menjadi. Cheq sue buat manual aje pun elok naiknya. Tapi kali ni cheq sue buat setengah adunan aje menggunakan BM. Satu yang cheq sue suka dengan resepi ni adalah kerana Kak Fida turut menyediakan sukatan cawan, memang senang la...
 

Dengan resepi ni macam2 jenis roti dapat buat, dulu cheq sue buat roti sosej dan kali ni cheq sue buat bentuk loaf aje, dengan menggunakan separuh tepung wholemeal dan menambah madu ke dalamnya. Memang sedap dicicip dalam teh atau kopi O. Kalau sape2 yang rasa nak meroti tu, bolehlah cuba resepi ni. Boleh juga kalau ditambah dengan inti atau plain gitu aje. Memang sedap! Wassalam...








ROTI DOH ASAS

Bahan-bahan :
600 g tepung roti ( 5 cawan rata) cheq sue campur dengan wholemeal flour
120 g gula halus (1/2 cawan rata)
1 sk rata garam
2 sb susu tepung (opt)
5 sk rata yis segera (contoh-Mauripan)
1 biji telur
250 ml air
60 g mentega - lembut (2 sb penuh) 
cheq sue tambah 3 sb madu

Cara-cara
Satukan semua bahan2 di dlm mixer dan putar hingga doh tk melekat pd mangkuk mixer.
Perap selama 45 min atau berganda saiznya.
Canai doh bahagikan kepada beberapa bahagian dan bentukkan.Atau timbang 50g setiap satu.Isi inti manis seperti kelapa manis,kaya,kcg merah dll. Boleh juga dibubuh perasa pd doh seperti koko dan isi inti potongan choc. atau kismis dll...dan susun doh dan jarakkan di atas dulang pembakar.
Perap lagi selama 45 min atau berganda saiznya.
Bakar di dlm oven yg telah dipanaskan dulu pd suhu 180C selama 10-15 min.

13 comments:

  1. makan pulak petang2 waktu hujan cicah kopi panas....sedapnya...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cheq sue.. wah cantik gebu n lembut roti yg cheq sue buat tu... mmg cantik..

    ReplyDelete
  3. salam cheq sue...rajin betul meroti yer...liza dah lama tak meroti, terliur jugak....hihihi

    ReplyDelete
  4. salam che sue...bakar pakai apa roti tu...

    ReplyDelete
  5. Rajin cheq sue meroti,ct lama dah xmeroti,bibik tuh cuti panjang ler..Bestlah kan cuti panjang nih,mesti g bercuti nanti kan..

    ReplyDelete
  6. gebu molek nmpk roti tu kak sue.. tun xpernah lg wat doh asas kak fida nih. tp dh ada few resepi doh asas. nnti bila rajin try yg ni pulak..

    ReplyDelete
  7. Assalam su, akk pun suka ngan resipi kak fida ni, mmg jadi n sedap sangat. Gebuss yg amat roti sue tu, mcm yg beli

    ReplyDelete
  8. Assalam cheq sue, cantik kejadian roti sue, ..akak pun dah lama tak suruh bm akak bekerja..dah lama sanagt dia berehat tu....hehe

    ReplyDelete
  9. che sue..nampak senang aje resepi nye kan..boleh la cuba unt tambah kan stok roti kat umah...thanks a alot kak :D

    ReplyDelete
  10. cheqsue..teringin acik nak meroti jugak..tapi tak de BM..takut tak menjadi gebu rotinya

    ReplyDelete
  11. rajin tau sue n buat roti ni.. kalau ita kat msia mahu beli je .. hahahaa.. tapi baguskan makan hasil tangan sendiri puas hati

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]