Friday, November 11, 2011

Nasi Ayam Cendawan Claypot

 

Lunch harini agak lewat. Pagi tadi ke SMK Ringlet untuk melawat pusat peperiksaan. Ada tak para guru yang menjaga peperiksaan SPM @ STPM tahun ni. Cheq sue seperti tahun2 sebelumnya memang menjaga peperiksaan. Kalau balik kampung lama-lama memang xleh. Nanti asyik dok bina badan aje. Biasa kalau balik kampung paling lama pun 2 minggu aje.
 

Dah lama nak masak nasi claypot ni. Dah beli claypot kan mestilah guna. Bila Google resepi yang menggunakan claypot, ada la 2 3 jenis yang berkenan di hati tapi nasi ni nak cuba dulu. Ala-ala Chinese Style gitu. Kalau masak claypot ni cheq sue x pernah makan pun...tu yang exited nak cuba. Pada pendapat cheq sue, penggunaan minyak bijan menonjolkan lagi masakan ni. Memang dah macam orang jual pun.

Kalau ada sape yang nak cuba tu bolehlah merujuk resepi kat bawah ni ya. Cheq sue ikut aje sebijik2, tapi dalam kuantiti yang berlainan. Ye lah, beras pun setengah pot aje, cukup sekali makan. Memang berbaloi buat ni. Sedap! Kena dengan selera. Penggunaan lada hitam secara tak langsung dapat memanaskan badan di saat2 cuasa yang dingin ni... Cuba tau...
Wassalam...

NASI AYAM CENDAWAN  CLAYPOT

Bahan-bahan : 
1 cawan beras
1 1/2 air rebusan ayam cheq sue ganti dengan 1/4 kiub ayam
500gm ayam (potong kecik jer)
1 sudu besar lada hitam (tumbuk)
1 sudu besar kicap pekat
5 atau lebih kuntum cendawan hitam (rendam hingga kembang dgn air panas)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat manis
Minyak untuk menumis & 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn sedikit air )
2cm halia & 2 ulas garlic (tumbuk)
Sedikit hirisan daun sup & daun bawang, bawang goreng dan sedikit minyak bijan

Cara-cara
Perap ayam dengan bawang putih, halia, kicap pekat & manis, sos tiram, lada hitam dan cendawan.
Panaskan minyak dan tumis ayam yg diperap hingga masak dan tuang air bancuhan tepung jagung.
Setelah pekat, perisakan dengan garam, ketepikan.  Cheq sue tumis dalam claypot dan ketepikan.
Panaskan claypot, masukkan beras dan air rebusan ayam, biarkan nasi masak. Pastu perlahan kan api dan tuangkan ayam tadi kat atas nasi dan taburkan semua daun (xde daun, malas nak keluar ambil) , bawang goreng dan percikkan minyak bijan.. 

15 comments:

  1. sebenarnya Liza pun xpernah mkn benda2 dlm claypot ni...hihiihi

    ReplyDelete
  2. @Liza

    cheq sue pun ni baru 1st time...berbaloi jugak beli claypot tu

    ReplyDelete
  3. Bestnya...kalau dok sebelah ghumah...boleh la jengah2 dapo cheq sue...boleh gak rasa2..nasi ayam cendawan claypot...sedapnya...:D

    ReplyDelete
  4. @cik cek

    kalau akak mai skang, memang boleh jengah ajelah sebab nasi ni dah habiss.... :)

    ReplyDelete
  5. Nasi claypot akk tak pernah mkn, tapi mee pernah, sedap. nmpk sedap nasi tu

    ReplyDelete
  6. @EmbunRosaliza

    saya kalau mee x pernah makan lagi kak... tapi nasik ni memang sedap bagi saya...

    ReplyDelete
  7. erm...kite memang suke order mende2 pelik mcm ni kalau gi makan di food court. nasi claypot ke, sizzling ke, yang kuali kecik tu ke...nasi bamboo ke...semua bantai aje...nasi ni pada kita ada kelainan pada aroma cendawan tu. memang ngam aje aromanya...ceh! cakap mcm terbau2 je nasi cheqsue ni

    ReplyDelete
  8. @nuwairani ismail

    kalau bende pelik ni cheq sue biasa sizzling je nani...tapi nasi ni kompom sedap..kalau xde claypot pun boleh cuba kat periuk biasa :)

    ReplyDelete
  9. sedap sedap! (macamlah pernah buat sendiri) tgk gambar dah tahu sedap...suka cendawan

    ReplyDelete
  10. @Lelaki Ini

    ala, dah xleh nak bagi la sebab dah habis.. =o=

    ReplyDelete
  11. @Hanis MY

    kali ni gambar tak menipu..memang sedap sgt

    ReplyDelete
  12. suka mkn dlm claypot..lmbt sejuk..klu p food court mmg yg ni je lah yana slalu mkn selain sizling.. mcm nmpk jer asap keluar dr claypot tu haa :=)

    ReplyDelete
  13. @Yana Shaiful

    memang pun yana, baru aje angkat dari dapur, terus memosing. asap pun nak enterprem jugak

    ReplyDelete
  14. sedapnya..teringin la nak masak ni hari ni..:)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]