Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Saya dah lama sangat nak cuba butter prawn (BP) ni. Tapi yang membantutkannya apabila tak jumpa udang yang bersaiz sesuai. Kat sini biasa beli di pasar malam je, jadi kalau dapat yang saiznya sebesar kelingking memang tak puas la nak makan. Baru2 ni ada la jumpa udang yang bersaiz agak besar, pastu harganya pun besar jugak la RM30 sekilo, tapi beli jugak setengah kilo sebab dah terbayang2 nak buat BP bila tengok udangnya tu... Masa ni dah tak ingat pantang larang penyakit asmara, kalau kata tergatal pepandai la cari ubat lepas tu yerk...
Google resepi, terus je ambil resepi pertama dari carian iaitu yang dikongsikan oleh Kak Azie. Bawa telefon ke dapur, terus je sedia bahan2. Teruja la katakan...

Daripada setengah kilo udang tu, saya buat separuh. Ada la kot dalam 12 ke 13 ekor. Terlebih dulu saya buang dia punya kulit belakang dan kotoran di dalamnya.
Baca seimbas lalu resepi, saya pun buatlah, kali i ikut 100% sebab udang yang saya guna pun lebih kurang sama banyak dengan Kak Azie. Cuma bila buat sarang telur tu, terlepas pandang pulak kena campur minyak dengan butter. Saya ni hanya goreng dalam minyak saja, jadi tak berasa sangat la butternya. Aiseyhmannn, nak kena cuba lagi la lepas ni. Rupa2nya bila goreng telur tu minyaknya jadi membuak2 eh, memang kena kacau tak henti sehinggalah telur tu masak. Mmmmm baru tahu!
Pastu bila nak masak udang pulak baru la perasan resepinya menggunakan susu cair. Aduhhh, memang tak ada stok la di rumah, jadi saya bancuhkan susu tepung dengan air. Mmmm lari sikit rasanya tapi masih boleh diterima. Oleh sebab saya buat ni untuk berbuka, memang tak dapat nak rasa la masa masak tu, jadi untuk memperasakannya memang kena agak2lah ikut kepakaran. Ewahhhh... dan bila makan waktu berbuka tu Alhamdulillah rasanya agak sedap tetapi seperti yang saya bagitahu tadi memang tak berapa ber'butter' gitu. In Sha Allah will try again next time.
TQ Kak Azie atas resepinya.

UDANG GORENG BUTTER / BUTTERED
PRAWN
2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak
Pukul ringan kuning telur.
Pukul ringan kuning telur.
Panaskan butter/margerin bersama minyak
masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul
betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk
bulatan sehala tanpa henti.
Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan.

Setelah masak tuangkan ke dalam tapis
seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita
siapkan pula udangnya.
Udang :
12 ekor udang
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika
suka
Garam secukup rasa
Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.

Panaskan butter/margerin di dalam kuali
dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik
bau.
Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.
Setelah semua bahan masak dan mesra,
bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss
yang kita buat tadi. Siapp.. Senang kann
sedap ni. sy tak pandai buat yg sarang halus2 tu...ada tak de itu la sy try
ReplyDeletesungguh menggiurkan
ReplyDeletesungguh sedap.. tp prnah buat sndiri
ReplyDelete