Friday, July 11, 2014

Masak Lemak Tempoyak Pucuk Ubi

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Ini juadah pertama yang saya masak untuk berbuka. Sadis kan, dah berapa hari puasa ni, banyaknya makan di luar berbanding masak di rumah. Kalau masak pun, bila ada lebihan bawa pula ke hari seterusnya, jadi memang agak kurang la sikit kerja2 masak memasak ni. Yang lelain tu kalau masak pun hanya menu biasa2 saja.

Alkisahnya masa balik kampung awal puasa baru ni, saya bawa la sikit pucuk ubi, dari 10 pokok macam tu je. Masa mesyuarat di Ipoh, ada sekali tu disediakan masak lemak tempoyak pucuk ubi, aiiii memang maveless sangatlah. Saya pulak sebelum ni tak pernah makan, bila dah pekena sekali tu baru tahu...
 

Bila balik ke CH, Ramadhan pertama tu saya cuba la masak ni dengan berpandukan resepi Kak Nenie. Saya memang takdok idea nak masak ni sendiri. Selalu pun kalau masak patin tempoyak rasa sedap tak sedap, tu yang saya Google bila nak masak ni. Bahannya tak banyak dan cara menyediakannya pula sangat ringkas. Tapi yang pastinya saya masak dengan ubahan sikitlah berdasarkan bahan2 yang saya ada.

Alhamdulillah walaupun masak dalam bulan puasa, takleh try takleh rasa, kejadiannya agak sedap juga di tekak saya. Err, bagi yang tak tahan pedas kurangkanlah sikit bilangan cilinya. Saya hanya guna sebijik ajer... he he he...

Korang nanti kalau ada stok tempoyak dengan pucuk ubi, apa kata try menu ni nanti...


MASAK LEMAK TEMPOYAK PUCUK UBI
RESEPI : Kak Nennie

BAHAN-BAHAN :

1 ikat pucuk ubi - ambil daun saja saya rebus dulu hingga mendidih dan perahkan airnya
2 sudu besar tempoyak-boleh tambah
1 keping asam keping-saiz sedang-sedang ya
3-4 cawan santan pekat - boleh tambah ya saya guna santan kotak je
Segenggam ikan bilis - boleh tambah
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
2-3 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

- Masukkan semua bahan tumbuk , ikan bilis serta santan pekat dalam periuk kemudian dikacau supaya cukup mesra dan biarkan kuah hampir mendidih . Masukkan asam keping dan garam , kacau kemudian boleh la dimasukkan semua pucuk ubi . Biarkan kuah memdidih dan bila pucuk ubi dah cukup empuk serta masak baru la boleh ditutup api dapur .

* Jika tempoyak dah mula masam boleh la dicampur sedikit gula tetapi sebaik-baiknya guna la tempoyak fresh home made baru la sedap menu ni..

2 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]