Saturday, July 5, 2014

Makan Deghoyan Di Kg Ulu Kuang, Chemor

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Semasa bermesyuarat di Ipoh, ahli jemaah kami ada ke Gaharu Tea Valley di Gopeng. Petang esoknya pula kami ke belah2 Chemor untuk melawat ke kebun fertigasi seorang ahli jemaah sambil pekena deghoyan. Pucuk dicita ulam mendatang, dah kemain lama menyebut nak makan durian akhirnya tercapai jugak makan durian fresh di kebun abang ipar pegawai kami. Terima kasih bebanyok le yob!


Kebun ni terletak di Kampung Ulu Kuang, Chemor. Memang banyak pokok duriannya di samping tanaman yang lain. Di situ jugak ada binatang ternakan seperti itik, angsa, ayam belanda, ayam selasih dan ayam api-api. Kalau tengok dalam gambar ni ada penjaganya berwarna hitam tu. Kata pakcik tokey kebun ni, kalau tak jaga alamatnya memang tak merasa laaa...




Durian yang menunggu. Tapi katanya ini durian yang baru gugur, yang gugur semalam dan dijual sebab lambat diberitahu nak datang.


Gigih sungguh encik pegawai kami ni mengopek durian satu demi satu.


Suhaimi tolong 'cekah'kan untuk geng mak jemah... Kalau nak buat sendiri kang nampak nau gelojohnya.


Makan sambil cover. Bajet ayu weh..


Pendekar Mustar yang asyik bergambar. Cikgu band 6 nih, apa2 mesti nak ada evidens.


Nah, amek kau! Ni katanya makan tak hengat. Dah alang2 makan pree apa lagi kita belasah la. Durian kampung, isi nipis2 aje, bukan la banyak sangat pun. Haiiiii, ayat cover!


Satu kete tolak aje pun kulitnya...


Itik. Banyak ekor jugak. Kata pakcik tu kalau ada yang nak beli barulah dia akan proses.


Angsa. Pakat2 lari menjauh bila tengok kami.


Ayam belanda. Kalau ada tempat nak simpan nak jugak saya beli dagingnya. Tapi dok dalam bilik miting je manjang maka hasrat itew terpaksalah dilupakan.


Ayam api-api. 


Jemaah lelaki dengan tokey kebun. Time kasih ye pakcik, next time buleh la kami datang riki2 lagi...

3 comments:

  1. hebattt!! hebattt!!! satu keta tolak kulit doyan..hiihhhi

    ReplyDelete
  2. Dah lama x mkn deroyan dh mula nk meroyan sbb deroyan mahal huhu klau leh mkn free cam cheq sue baru best

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]