Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Kat sidebar tu dah banyak dah blogger yang tayang2 biskut raya. Maklumlah kan, di penghujung Ramadhan nanti jika ada rezeki berjumpa dengan Syawal pula, jadi banyaklah persiapan yang perlu di lakukan. Buat biskut raya tu dah pastilah ada dalam senarai ye dak? Saya pun gitulah, tapi belum mula lagi. Mood tak berapa nak ada, sekarang nak setelkan urusan jahit menjahit dulu.
Setiap tahun saya memang buat sendiri biskut raya. Yang beli pun ada la jugak sejenis dua. Biasa kalau saya beli macam biskut makmur sebab tak tahu nak buat, pastu memang suka dengan biskut yang akak jual tu. Kendian jajan2 macam kerepek atau rempeyek tu memang saya beli la sebungkus dua, kalau tak buat untuk raya pun boleh makan2 lepas berbuka.
Di sini saya suka nak kongsikan macam mana saya managekan projek biskut raya setiap tahun.
Biasanya saya akan print dulu mana2 resepi yang saya nak cuba. Sekarang ni mudah, godek je Google dan berderet resepi akan keluar. Selain resepi baru, ada dua resepi lama yang akan saya buat jugak. Untungnya bila buat sendiri ni, memang akan dapat lebih banyak. Boleh la kalau nak bagi ke saudara ke, mertua ke menantu ke... Macam saya ni selalu mek yang akan bahagi pada orang tu, pada orang ni.
Macam resepi almond london yang biasa saya dok buat tu, memang dapat banyak. Kalau beli sebekas tu dalam RM25 (atau lebih) tapi bila buat sendiri ni dapat 3 kali ganda, untung kan...Tapi bergantung jugaklah, kalau yang bizi tu memang tak berkesempatan nak buat, better beli aje.
Bila saya dah ada resepi apa yang saya mahu cuba, saya akan senaraikan bahan2nya satu persatu. Bila buat macam ni senang la nanti nak bajet untuk beli bahan2...
Okeh, dah dapat bahan apa yang nak digunakan, saya senaraikan pula berapa agak2 jumlahnya. Ini untuk memastikan saya tak beli bahan tu berlebihan, maksudnya tak la membazir pulak nanti. Pastu saya check pulak bahan2 yang dah ada di rumah. Kalau kata tak cukup, saya akan tambah la.
Dan diakhirnya inilah bahan2 yang akan saya beli untuk projek biskut raya tahun ni. Biasa bajetnya dalam RM100 - RM150 la bahan2 ni. Sekarang tak tahulah dengan segala mak nenek yang dah nai harga ni. Persoalannya, bila nak beli, bila nak buat tu tak tahulah lagi, kena seru semangat rajin dulu untuk datang.
Anda? Bagaimana...
Rajin nya Jm ni pemalas pastu mmg x pandai nk buat biscuit raya nih
ReplyDeletetun blom stat lg... nk wat biskut apa pon xtau.. biasa wat biskut ngan adik, tp thn ni adik dh masuk kolej.. tunggu dia blk sblm raya nnti baru la buat. biasa buat xbyk pon, 3-4 jenis je. sbb kakak tun jenis yg suka beli biskut raya, nnti tambah ngan dia beli tu, dh berlebih2 biskutnyer.
ReplyDeleteI dah start..dpt la dlm 3 balang untuk satu jenis biskut...kalu beli tu mau nya beratus2..huhuhu
ReplyDelete