Tuesday, July 1, 2014

Stik Daging Rusa

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah... dah masuk hari ketiga berpuasa. Macam mana? Semoga segalanya berjalan lancar. Berpuasa di CH ni tak adalah cabaran mana, bebudak pun faham bila cikgu berpuasa, diorang takde la naik syeih sangat. Cuma yang tak menahan bila kena mengajar diluar kelas... duh aduhhhhh kejap aje pusing kepala. Harapan saya agar korang semua dapat menempuh Ramadan kali ni dengan seadanya.

Back to the n3 today... 

Ini sebenarnya menu sebelum puasa tapi biasalah dok pending manjang dek kesibukan. Haritu dah post resepi pertama daging rusa. Kali ni yang kedua pulak. Sebenarnya ada satu lagi tapi takdan nak ambil gambar sebab masa tu dok lorat bizi nak gi miting.


Resepi stik ni saya korek dari rumah Kak Amie. Katanya di Lahad Datu lagi senang nak dapat daging rusa berbanding daging lembu. 

Bila baca2 resepi tu, saya peraplah semalaman. Cuma yang silap haribulan tu bila keluarkan daging dari esbok, terus saya masukkan dalam kuali, agaknya itulah sebab kejadian stik ni agak tak berapa nak lembut gitu.

Jadi lepas masak sos, saya masukkan sekali lagi daging dag direneh dengan api sederhana. Ada yang lembut, ada jugak yang kekal liat terutama di bahagian yang ada urat tu. Oleh sebab kuantiti dagingnya tak banyak, masaknya sekali makan saja dan digandingkan dengan coleslow ringkas.

Lepas ni nak cuba pulaklah buat stik ni, boleh guna daging lembu. Rasanya memang sedap kecuali bab lenguh gigi nak ngunyah daging rusa tu. Kak Amie, trimas ya!


Resepi Asal: Stik Daging Lembu
Sumber : Masakan Barat oleh Chef Hanielieza

Bahan A:
500 gram daging batang pinang - stik - Amie gunakan daging rusa
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh madu ataupun gula
1 sudu makan sos plum

Bahan B:
1 sudu teh serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan C:
(Untuk Sos Lada Hitam)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan tepung jagung
1 cawan air
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap pekat

Cara Membuat Stik:
1. Daging dipotong lebar setebal 1 cm.
2. Gaul semua Bahan A dan Bahan B dan perap selama 4-5 jam.
3. Masukkan semua bahan ke dalam kuali non-stick dan tutupkan dengan tudung.
4. Masak di atas api sederhana hingga air kering dan daging lembut.
5. Angkat daging dan sediakan sos.

Cara Membuat Sos Lada Hitam:
1. Panaskan semua bahan C termasuk lebihan bahan daging di dalam kuali non-stick.
2. Kacau sehingga sos menjadi pekat.
3. Susun stik daging ke dalam pinggan bersama bahan hiasan pilihan.
4. Tuangkan sos lada hitam.

7 comments:

  1. tak penah try daging rusa.. aritu ada jugak pak sedara bagi gulai daging rusa, tp takut nk makan. haha

    ReplyDelete
  2. Daging rusa sedap.. raya tahun lepas akak buat rendang cheq sue.. sedap pulak akak tengok stik tu.. boleh dicuba nanti :)

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nampak. Kalau tak dibagitau orang boleh ingat daging lembu biasa. Saya pernah sekali je ras daging rusa. dimasak kari...

    ReplyDelete
  4. not bad...daging rusa sedap juga...sy penah try buat baryani. abg penah belanja sate rusa...sedap

    ReplyDelete
  5. Sebelum ni buat steak pakai resepi camni jugak, tapi bila tengok steak aussie style.. wahh lagila senang rupanya tak payah perap2 :p

    ReplyDelete
  6. alamat restaurant stik daging rusa di KL dimana ya?
    saya juga cari rending dan sate daging rusa atau daging landak yeaah?

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]