Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Nak kata gemar makan ikan salmon ni idok le sangat. Tapi suka la juge membelinya. Kalau nampak yang fresh-fresh di TESCO tu saya rempat la sekeping dua. Bukan hape kawan-kawan, kadang dah jemu asyik pekena ikan sardin ikan selayang, jadi sesekali pekena menu ala wester guna ikan mahal ni apa ke salahnya... tak la mahal sangat pun dalam 3 4 ringgit sekeping.
Oleh sebab saya beli dua keping satu saya dah masak dengan sos lemon...sekeping lagi saya cuba buat sup dengan nori. Try and error aje pun... Alhamdulillah boleh la makan. Kot ada yang nak cuba saya kongsikan resepi di bawah ni.
Oleh sebab saya beli dua keping satu saya dah masak dengan sos lemon...sekeping lagi saya cuba buat sup dengan nori. Try and error aje pun... Alhamdulillah boleh la makan. Kot ada yang nak cuba saya kongsikan resepi di bawah ni.
SUP IKAN SALMON & NORI
Resepi : Cheq Sue
1 keping ikan salmon
1/2 biji tomato hijau - dadu (opt)
1 biji bawang putih - hiris
1 hiris halia
4 keping roasted seaweed - potong 8
Air secukupnya
1/2 kiub ikan bilis
Minyak bijan
Daun bawang / daun sup (opt)
Garam
Panaskan air, masukkan bawang putih, halia, daun bawang, kiub ikan bilis dan minyak bijan. BIarkan mendidih.
Masukkan salmon dan tomato
Bila agak-agak salmon dah masak (dalam 2 3 minit) boleh masukkan seaweed, kacau seketika. Bila dah kelihatan layu boleh tutup api.
Perasakan dengan garam (tak perlu banyak kerana seaweed dah masin. Seeloknya rasa dulu sup tu
sedap makan sup ikan dengan nasi..bubuh sup dalam nasi banyak2 dan makan..nyum2..sedap!
ReplyDelete