Sunday, February 23, 2014

FM Untuk 3 Pengomen Terbanyak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Perghhh...dua hari senyap tanpa n3... Ada sesekali online tapi mood tak ada mari, tengok sekadar tengok dan kemudian offline. Susah jugak bila hilang mood ni. Bukan hilang ke mana pun, diragut dek keghairahan nak menjahit semenjak dua menjak ni.

Jadi malam ni setakah short n3 ajelah. Time terajin kemas bilik minggu lepas, terjumpa pulak dengan FM dari Vietnam yang tak abes dibahagikan agaknya.. terus saya pikir bagus jugak kalau bagi gift pada yang suka komen kat n3 saya. Kalau harap saya komen n3 orang memang lambat la sikit, nak hado masa la katakan. Jadi setakat 11 malam, 14 Feb 2014 senarai di atas adalah yang paling kerap meninggalkan komen. Heeee... terpilih tak?

Untuk ketiga-tiga orang ni,giftnya saya dah pos (pos ekspress) Jumaat lepas, kalau dah sampai boleh bagitahu ekk...kot-kot la masih tak terima. Buat Kak Amie, Kak Yati dan Wana...terima kasih bebanyak ya...

4 comments:

  1. salam cheq sue..

    terima kasih banyak2 ya..x sangka pula terpilih dalam pengomen terbanyak..nanti kalau dah sampai, sya bagitau..tq.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Cheq Sue... dah smpi akak bagi tau ye :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah pada pengomen yang terbanyak dpt FM.. :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]