Tuesday, February 25, 2014

Ladang Anggur, Ringlet (Edisi Berbuah)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kali kedua saya ke Ladang Anggur di Bertam Valley, Ringlet ni. Kalau dulu dah habis musim, sekarang memang tengah lebat berbuah. Memang seronok + teruja sangat dan melihat anggur dari dekat. Sebelum ni dah tengok di Blue Valley tapi yang di sini ada sedikit berbeza. 

Dari segi buah, yang di Bertam Valley lebih sedap dan manis berbanding di Blue Valley. Buahnya lebih rangup manakala yang di Blue Valley buahnya agak lembut. Harganya juga jauh lebih murah. Di Bertam Valley sekilo RM 18 manakala di Blue Valley sekilo RM 30 (harga 2013).

Memang puas hati dapat snap gambar dalam tu. Kalau ada yang datang ke CH, silalah cari tempat ni, mudah sahaja. Ikut Jalan Bertam Valley - Sungai Koyan sehingga terjumpa papan tanda 'SWEET GRAPE FOR SALE'. Kalau dah tak ada buah atau dah habis musim, papan tanda ni akan diturunkan.

Jadi, jom layan gambar-gambar yang sempat saya ambil...

Model tak berbayar... Di jalan masuk

Saya sangat suka dengan gambar ni. Nampak seperti gugusan anggur plastik yang digantung

Nak? Kena lah datang. Rasa memang sedap walaupun berbiji

Dah datang jauh-jauh ni rugi kalau tak ambil gambar kenang-kenangan.

Aisyah yang ambil gambar ni. Katanya saya dan Mok Ja seperti adik beradik. Tapi yang pastinya saya lah adik...

Heart shape haruslah ada.. T_T

Aisyah juga seperti saya, pantang ada kamera, suka sangatlah bergambar

Tangga pun boleh jadi jugak... *_*

Jadi, jangan lupa tau, datang cari tempat ni.

Entry berkaitan ladang anggur CH :

9 comments:

  1. geramnyaaaaaaaa.... tak boleh ka nganga je terus mulut kat anggur tu.. geram aihhh.. kalau yg gatai2 tangan tu sure ada yang petik sebutir kan..

    ReplyDelete
  2. bestnyer kalau dpt gi sini.....sblm nie dh gi ldg anggur kt tasik beris tu,tp x msimnya..buah pun x banyak...tgk gambar cheq su,geram jer,cam nk petik jer.....nie sampai bila musimnya?....nak gi lh...

    ReplyDelete
  3. waaaaaaaaaaaaa bestnyer... ini yg nk kumpul duit ajak famiy pg CH... msti makngah suke dpt tgk anggur gugus2 gitu...

    ReplyDelete
  4. Boleh petik sendiri ke cheq shue... ada musim buahnya ye...

    Hadiah FM tu akak dah terima semalam, balik tengok peti surat ada sampul express... Terima kasih bebanyak ye cheq shue :)

    ReplyDelete
  5. Haha..panjat tangga lg..byk la boleh petik 2..

    ReplyDelete
  6. tak tahu plak ada ladang anggur??ish ruginyaaa.

    ReplyDelete
  7. salam cheq sue..

    wah,seronoknya dapat tengok dan petik buah anggur..geramnya nampak banyak sangat anggur..huhu..cantik gambar yang diambil..^_^

    ReplyDelete
  8. best nyer anggur picking... petik segar dari ladang... nyum nyum...btw, bulan apa musim anggur yer cheqsu?

    ReplyDelete
  9. beruntungnya org Malaysia ni. xyah penat2 g obersea blh jupo anggur fresh. geramnyo tgk fresh tergantung2 gitu. blh petik ke cheqsue?

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]