Assalamualaikum & salam sejahtera
Hah... korang ada terbau-bau tak lauk lunch cheq sue nih? APA??? Tak dapat? Hishhh rugi tau... kemain sedap bau ni korang xleh rasa... siannyerr..... Walaupun lauk ni cheq sue buat malam semalam...masih ada belen lagi untuk hari ni..
Eceli...dah lama nak buat ikan bakar tomyam ni... memula tengok di dapur Noorsha...hot lady yang tak sah kalau tak pedas berapi... pastu tgk pulak kat rumah Tun Telani...versi ikan kembung... perghhh... kendian nampak pulak kat dapur Mas...menggunakan ikan talapia. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa boleh boleh boleh... boleh la cuba. kalau nak menunggu siakap tu alamat lambat la lagi boleh makan ikan ni.
So Senin lepas cheq sue beli seekor ikan talapia. Agak besar jugak, sekali makan memang tak habis. Kalau korang nengok ke gambar2 tu memang la tak menarik langsung, tapi rasa dia super duper sedap...serius! Jujur ni tak tipu langsung. (Sebenarnya nak habes jugak makan ikan tu seekor...ratah gitu pun sedap). Ala-ala makan ikan bakar kat kedai gitu. Untuk resepi ni juga boleh digantikan dengan ayam seperti yang dilakukan oleh Kak Nor dan Nieza. Apapun kita skodeng resepinya pulak yer...
Sila abaikan kualiti gambar ye... Cheq sue rasanya guna air terlebih masa nak blend tu...sebab tu agak basah2 siket. hiasan2 pun xde... lipstik, blusher nehi
Ikan yang digunakan ni dah tak berapa segar... kalau dapat yang insangnya masih merah... fuhhhh lagi sedap
IKAN TALAPIA BAKAR TOMYAM
Sumber : Mas Duniaku
Bahan A :
Makan hari ni... :) |
- 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan) - cheq sue guna ikan talapia
- 2 sudu besar pes tomyam
- 5 helai daun limau purut
- 1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi xde stok kat rumah...tak masukkan. tapi kalau perah ni lagi mengancam rasanya
- 1 biji tomato
- Aluminium foil dan Mas letak juga daun pisang daun pisang ada..tapi malas nak kuar rumah... balut aluminium gitu je
Bahan B :
- 2 biji cili merah - cheq sue tak letak
- 5 biji cili api - cheq sue letak 2 bijik je
- 3 batang serai
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- sedikit gula dan fish sos - Mas pun ltk mcm Noorsha lupe**
- 1 biji tomato - Mas tambah
- cheq sue blend semua bahan hingga sebati (tomato hanya sebiji saiz besar)
Cara membuatnya :
- Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin.
- Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas. Lebih sedap jika diperap beberapa jam sebelum dibakar kerana rempah akan sebati ke dalam isi ikan
- Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit.
- Perahkan limau semasa menghidang.
huwaaa....sedapnye~
ReplyDeletesekali makan tak hbs eh??haha
ReplyDeleteAssalam sue, tulah akk pun dok tgk je ramai blogger msk resepi ni, mmg best ni, nak cuba pes tomyam takdak pulak, kiub ik ke heheh
ReplyDeletetringin dni nak try jugak :D
ReplyDelete@SoLy SoLicious
ReplyDeleteheeeee...serius sedap!
@H.J
ReplyDeletedop abes la HJ... makan 2 kali baru licin..
@Kak Rosaliza
ReplyDeleterugi kalau tak cuba ni kak rosa... kalau pakai kiub pun kira halal je lah... janji tomyam
@Ardini Humaira
ReplyDeletetry...try...rigu tau kalau tak try..
assalamualaikum..
ReplyDeleteaduh!!!
lama tak singgah sini, dihidangkan dengan ikan talapia..
ayu rasa lapo...
aci tak singgah makan kat rumah cheq sue??
@Citarasa Rinduan
ReplyDeleteaci... aci.. aci aciiiiiiiiiiiii buka pintu... he he he
ramainya dah dah buat panggang ala2 tomyam nih....kena simpan jugak ni stok tomyam kat rumah...adeehhh
ReplyDelete@quinnie
ReplyDeleteu better try this Q...x nyesal punya
ada bau daun limau purut, ala2 tomyam...kalau pedas2, fuhhh....rupe tidak menjadi halangan la...
ReplyDelete@nuwairani ismail
ReplyDeleteapa yang ada pada rupa? yang penting rasa... untuk nuni tambah lagi 5 6 bijik cili padi tuh