Thursday, July 14, 2011

Ayam Kashmir

Assalamualaikum & selamat pagi

Eeeeee geram betul tau...sejak petang sampai ke malam semalam langsung xleh nak masukkan gambar.Sebab tu la terpaksa bawak Ayam Kashmir semalam ni ke pagi ni. Rasa2 ramai yang dah sampai ke Kashmir dengan ayam ni... Entah siapa punya resepi tak tahu tapi cheq sue cedok dari dapur Kak Anna... dah ramai orang cuba kite teringin gak nak ke Kashmir... He he he...
Sebenarnya cheq sue hanya menggunakan ayam dalam jumlah sedikit saja... tetapi guna semua bahan2 yang dinyatakan. Ubi kentang pulak memang lebih... kira2 banyak ubi kentang dari lauk. Dan seperti yang dijangka hasilnya memang memuaskan sebab rasanya cukup sedap dan dah habis dimakan. Dengan rempah 4 sekawan dan serbuk beriani...harum semerbak baunya... So kawan2 tengok-tengok lah ye....

 Ingatkan berkuah2 dah tapi semua diserap oleh ubi kentang

Heeee yang ni... Kentang Kashmir..

AYAM KASHMIR
Sumber : Anna Qawina

Bahan-bahan :
-1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)

Bahan A :

  • 6 biji bawang merah (dihiris)..
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 3 bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • rempah 4 sekawan
  • sedikit daun kari

Bahan B :

  • 3 sb puri tomato
  • 1 sb serbuk cili
  • 2 sb rempah beriyani
  • 2 sb rempah kari daging
  • 4 biji tomato (dipotong kecil) x masukkan sbb xde
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak secukupnya
  • 2 biji ubi kentang (dipotong)
Cara-cara :
  • Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau.
  • Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. 
  • Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
  • Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya.Hidangkan setelah masak.

22 comments:

  1. berlaukkan ubi la cik sue..haha

    ReplyDelete
  2. wah mcm sedap jer..terliur plak pagi-pagi mcm gini nie..aishh

    ReplyDelete
  3. salam slmt pg peee ayam kashmir lapo pulak pepagi ni .....x pelah kita mkn nasi sejuk jela hheeee...leh try ni.....

    ReplyDelete
  4. akak belum pernah cuba lagi buat ayam kashmir ni :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum cheq sue..
    akak pun sama ngan akak anim... belum perna lg buat ayam kashmir nie.. nampak sedap tu.. nak try juga nnt

    ReplyDelete
  6. - wahhh...dah sampai kashmir dah cheq sue ni...hihi

    ReplyDelete
  7. jauhnya ayam ni bersiaran, dari kashmir eikk...semoga CheqSue sihat2 je eikkk

    ReplyDelete
  8. @H.J
    ubi kentang HJ deh... bukan ubi badok!

    ReplyDelete
  9. @cucu umie
    Aishhh....terliur ye... kena suruh mak masak la nanti

    ReplyDelete
  10. @nonierahman
    Memang sedap ni kak nonie... kalau ada masa kena cuba tau

    ReplyDelete
  11. @Sheila Shafeareen
    Kak Shiela...nasik sejuk pun sedap ape...kena pulak buat nasik goreng pegai ni... makan tak hengat jugak..

    ReplyDelete
  12. @anymz
    Akak kena try tau...nanti boleh sesame pi Kashmir... :)

    ReplyDelete
  13. @Diana @ Melley Mey
    Kak Diana....nanti kita tukar menu ye... baru aje bookmark ayam kam cheong...

    ReplyDelete
  14. @AI
    Al...jum la bercanda bersama di Kashmir...

    ReplyDelete
  15. @IXORAROXI
    Kak Ixora... Kashmir dari Cameron aje...

    ReplyDelete
  16. morning!! pagi2 tgk lauk ayam.. kalu kt umah dh masuk dapur godek2 dh nii.. dh ada dlm list, cuma x terbuat lg.. hehe

    ReplyDelete
  17. @tun_telani
    Ni pun menu semalam Tun... bila dah list tu kena buat cepat2 la ye

    ReplyDelete
  18. Salam kak! kita ajerr yg tak terbuat buat lagi resepi ayam kashmir niii! weekend nak buat lah! terliur betul tgk! huh!

    ReplyDelete
  19. sue pun dah gi kashmir ek...kita ni tah bile la nak tempah tiket gi sana lak..hehehheeh...mesti best ni ramai gak yg dah mencuba nih...

    ReplyDelete
  20. @ijayuji
    Ika... bak mai resepi ayam bangkok lak... buleh ke Thailand pasni

    ReplyDelete
  21. @quinnie
    Eh...orang ipoh x pi Kashmir lagi ke? Ragi tau Q...memang best la..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]