Cheq sue ternampak kontes ni dalam teratak KAKCIK SEROJA
bila dah skodeng tu... alamakkkkk
kontes pantun rrrrrrrrrrrrrr
dah lama tak memantun ni...
suka sgt...
teringin nak memeriahkan jugak kontes tu...
So, cheq sue jawab dengan tulisan biru tu yer.... (T___T)
Anak sepat di dalam sawah
Elok dimasak dengan pegaga
Bila dah dapat gading bertuah
Tanduk hendak letak kat mana ?
>> Anak tempua membuat sarang
Sarang berjuntai di hujung peti
Jadilah tanduk bukan sebarang
Tanduk menghias di kamar hati
Pisang emas masak se sikat
Masak pulut janganlah hangus
Sudah kemas perahu ku ikat
Kenapa hanyut di bawa arus ?
>>Hanyut perahu tiada dayungan
Tersadai di kali tempat mandian
Mantapkan jiwa teguhkan pegangan
Tetapkan haluan mengiring kejayaan
Anak senangin anak tenggiri
Masuk ke kelong mengelak pukat
Jika tak ingin dibuat isteri
Kenapa diusung merata tempat?
>> Kerusi kayu kerusi rotan
Letak bersusun bersilang lapan
Hawa nafsu paksi kehidupan
Bisikan syaitan jadi ikutan
"Kain sarung kain basahan
Mari dibeli di Pasir Pekan
Mari berpantun rakan dan taulan
Waris budaya dilupa jangan"
Dah letak link kat blog Al Lavendari ke belum, Ila?
ReplyDeleteApa-apapun kakcik harap Ila boleh menang. Kakcik masuk untuk suka2 saja. :)
wahhhh.. tun suka berpantun!! kalau rajin nk masuk jugak.. dh terbaca jawapan cheqsue ni, takut ter-plagarize pulak.. hihi..
ReplyDeletewah berpantun ya sue?..hehe
ReplyDeletekakcik...saya pun saje suka2 je...mengasah bakat yang tiada ni... dah lama x berpantu...rindunya...
ReplyDeletetun... he he he...kite ni suka sgt koya mengoya...ke bulan ke bintang gitu...
ReplyDeletekak nim... heee...ok tak ni kak? tergeliat lidah dah rasanya... (-_-)
ReplyDeletesaya ucapkan terima kasih banyak2 kerana turut memeriahkan kontes saya. saya pun bukanlah pandai sangat, cuma minat sahaja.
ReplyDeletemoga-moga usaha kecil saya ini dapat menimbulkan bibit dihati blogger terutamanya yang muda untuk meminati pantun pusaka bangsa kita.
en Al, saya ni memang dari sekolah minat berpantun, sempat la jugak merasa berpantun di peringkat daerah... rasa tenang, suka je kalau dapat berpantun ni..
ReplyDeleteMaruah bangsa hebat dijaja,
ReplyDeleteBuruklah kita tampak di mata,
Usah sekadar duduk bersahaja,
Ayuh bela warisan bangsa kita!
Selamat berjaya!
mommy fara... tq.. :)
ReplyDelete