Friday, July 22, 2011

Pai Lemon Meringue

Assalamualaikum & salam bahagia

Aduhhh.... lega bila dah abis sekolah untuk minggu ni. Rasa2 tak mampu nak buat apa lagi dah..Banyaknya keje nak kena buat... semuanya datang pada satu masa. Tapi nak stayback jap sebelum balik rumah. 
Minggu bila tah ye...cheq sue ada melihat rancangan dapur selebriti...yang dihoskan oleh Sheila Rusly. Masa tu peserta ditugaskan membuat pai lemon meringue as a desert. Bila tengok aduh tergoda sungguh...macam sedap aje. Masa tu diorang buat pai ni menggunakan base biskut tapi bila cheq sue cari kat tenet ni jumpa yang ni je. Siapa yang tak kenal Norzailina Nordin ni? Dia memang seorang chef selebriti dan jugak novelis. cheq sue ada beberapa bukunya dalam koleksi. Pada rancangan tersebut jugak, dia telah diundang untuk menjadi juri.


Bahagian atas meringue tu terhangit le pulok... 

 Rasa okey tapi tak berapa puas hati dengan base nya... agak keras dan liat gitu. dah tahu di mana silapnya....

PAI LEMON MERINGUE
 
Bahan pastri
240 gm tepung gandum
1/2 camt garam
120 gm mentega
2 camb air ais

Bahan inti
1 biji limau susu, diparut & perah airnya
3 biji kuning telur
100 gm gula kastor
¼ camt garam
4 camb tepung jagung
1 camb mentega
400 ml susu segar

Bahan atas (meringue)
2 biji putih telur
90 gm gula kastor

Cara membuatnya
1. Untuk pastri: Gaul tepung dan garam dengan mentega.
2. Masukkan sedikit demi sedikit air dan uli menjadi doh. Bungkus dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
3. Canai pastri dan alas tin pai berukuran 25 cm. Letak di dalam peti sejuk selama 10 minit.
4. Cucuk dasar dan keliling dengan garfu, alas dengan kertas kalis minyak dan isikan dengan kekacang (sebagai pemberat).
5. Bakar pada 200 C selama 10 minit. Ketepikan kertas dan kekacang, bakar 10 minit lagi.
6. Pukul kuning telur selama 3 minit, masukkan gula, garam, tepung jagung dan mentega.
7. Panaskan susu hingga hampir mendidih, tuangkan ke dalam bancuhan telur sambil diputar rata.
8. Kacau tanpa henti atas api perlahan hingga pekat.
9. Masukkan kulit dan jus limau susu, kacau sebati. Ratakan dalam kulit pai.
10. Pukul putih telur hingga kental, masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul hingga kental.
11. Ratakan di atas inti limau susu. Bakar pada 170 C selama 15-20 minit atau hingga atasnya keperangan.

20 comments:

  1. wowowooooooooo! kalo ado lagu buah markisa a.k.a passion fruit, tabur atas tu, dh jadi mcm resepi anna olson doh doh! sedaknye!!

    cheqsue, bahagian dalam meringue tu lembut macam mashmellow ke keras serupo macaroon?

    ReplyDelete
  2. @nuwairani ismail
    filling dengan meringue tu lembut jah nuni...tak keras pom... cuma tang base tu jah cheq sue silap aribulan siket..

    ReplyDelete
  3. rajin betulla cheq sue ni..klau kite dekat leh la ari2 sy mintak cheq sue masak tuk sy ye.leh x?he3

    ReplyDelete
  4. @KuNanGKuNanG
    Tu la gie... kalau tak every makan time cheq sue bawak pi..

    ReplyDelete
  5. @anymz
    :) alhamdulillah kak anim...sedap tu ada tapi kejadian tak sempurna lagi

    ReplyDelete
  6. - wahhhh cheq sue...untung benar oghe hok dekat dgn cheq sue...

    ReplyDelete
  7. Assalam sue...dah comel kejadiannya tu, nampak pun sedap, pas ni buat pasti lebih sedap kalo guna biskut, bestla rajin cikgu ni

    ReplyDelete
  8. @AI
    he he he... untung la sgt time ada...kalao xde nak bagi ape-ape? tak untung jugak al

    ReplyDelete
  9. @Kak Rosaliza
    tu la pasal kak rosa...kalau buat base guna biskut lagi sedap rasanya ni...

    ReplyDelete
  10. wahhhh..ada pai..sedapnyer...cantik plak tuh pai dia..mesti sedap ni..

    ReplyDelete
  11. Salam..Wahhhh nampak menarik jeeeee

    ReplyDelete
  12. Assalam cheq sue,uii dah wat,baru jer tgk lam tv,mmg terliur gak time tuh...Pandai cheq sue buat,tapi rasa camner ek,jakun toi,xpernah mkn..Tang putih telur tuh xrsa hanyir ke?Lembik2 eks.

    ReplyDelete
  13. @Zaliedana
    lepas pada tgk kat tv tu kan...memang teringin sgt nak rasa camana... memang sedap...tang putih telur tu rasa macam ok aje...lembut. cuma lain kali kena buat base biskut pulak

    ReplyDelete
  14. wah rajinnya buat... akak x perna lg buat sendiri yg nie... cantik jer kejadiannya tu yer che sue..

    ReplyDelete
  15. @Diana @ Melley Mey
    pada pandangan saya yang tak pernah buat ni pun rasa macam dah okeh... nanti lain kali boleh improve

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]