Friday, July 29, 2011

Makan-Makan Mee Kari

Assalamualaikum & salam sejahtera

Malam semalam, geng2 kuartes mengadakan makan2 di dewan sekolah sempena menyambut ketibaan Ramadhan. nanti dah xleh makan petang2...minum teh, makan goreng pisang... he he he... Berkebetulan pula dengan hari jadi cheq sue.. so besday gurlz dengan rela hatinya bersetuju untuk membuat mee kari untuk di makan bersama. Ini merupakan kali pertama cheq sue membuat mee kari ni dalam jumlah yang besar, seperiuk ko...selalu buat sekali makan aje... ni buat untuk berpuluh orang makan. seriau jugak weh kot2 tak menepati selera orang lain..
Dengan pengetahuan sedia ada...taram aje lah mana yang dapat...  alhamdulillah... abes jugak mee 9 peket dan seperiuk kuah kari hasil sentuhanku...
cheq sue sebenarnya tak suka sgt mee kari ni...kira2 makan tak bertambah la... tapi suka tau tgk member2 sampai menambah...menghirup kuah...sampai keluar peluh jantan peluh betina....tandanya sedap la tu.. biasalah...cook from heart kan... penuh kasih sayang tanda cinta... layannnn....

*n3 aotupost... OTW balik kg nih...


 Periuk ni saiz berapa ye? Dalam 45-50 kot... nak angkat pun kena 2 orang bawak



Makan tak pandang kiri kanan dah... bila tanya 'Sedap ke?' dia angguk aje...

MEE KARI
Sumber : Sendirian Berhad
*resepi ni adalah untuk kuantiti yang banyak... seperiuk besar

Bahan A :
-Mi kuning secukupnya (direbus sedikit)
-tauge (dicelur)
-sawi (dicelur)
-hirisan cili merah
-telur rebus
-hirisan daun sup
-bawang goreng
-fish cake (hiris)

Bahan B : Kuah
-1 kg keledek rebus (kisar)
-1/2 peket serbuk kari ayam BABAS (dibancuh dgn sedikit air)
-rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis,cengkih & pelaga)
-4 labu bawang besar *
-15 biji bawang merah*
-10 biji bawang putih*
-seketul halia *
-2 genggam udang kering *
-Seekor ayam (cincang kecil2)
-1 kg udang
-santan cair dari 4 biji kelapa
-sepeket kiub ayam (8 ketul)
-10 pelepah daun kari
-1 sudu makan tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
-garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
- Kisar halus bahan *
- tumis rempah 4 sekawan sehingga wangi dan masukkan bahan2 kisar
- masukkan pes kari dan daun kari. Tumis hingga garing & pecah minyak.
- masukkan ayam dan biarkan sebati dengan tumisan rempah seketika
- masukkan santan (dan air)
- masak sehingga mendidih
- tambahkan udang dan tauhu kering
- rasakan garam dan gula
-jika ingin kuah yang pekat boleh masukkan bancuhan tepung gandum
- Setelah masak, hidangkan bersama bahan2 yg lain.

16 comments:

LuN@_aiDi said...

ok cheq sue, esok juge nak buat mee kari..hihihi jelesjeles sbb nmpk yummy! hhihih. btw cheq sue sy tag cheq sue untuk segmen neh.. jom ler join ^^

http://kisahkami83.blogspot.com/2011/07/segmen-bombay-nak-tau-sukan-kegemaran.html

hira said...

sedapnya! nak sikit kak sue~ huhu

IXORAROXI said...

confirm! mee kari tu sedap sebab penanda arasnya pakai angguk je eikkk
Salam Ramadhan

Juwita Jamaludin said...

best mee kari .. ita suka.. ramai yg mkn tak menoleh sedap la tue

quinnie said...

sedapnya sue...rasa nak numpang makan..hehehe...saya pun suka letak keledek nak kasi kuah tu manis skit..yummmyyy

AI said...

- boleh buat katering nih...

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum cheq sue..
wah banyaknya mee kari... pasti sgt sedap kan cheq sue sbb tgk mereka berselera jer makan tu... anak2 akak mmg fav nie mee kari ... tapi mee kari mmg sedap kan

Cheq Sue said...

@LuN@_aiDi
tq luna TAG tu... nanti cheq sue tgk ye...

Cheq Sue said...

@hira
hira ni selalu mintak bila dah habes... :)

Cheq Sue said...

@IXORAROXI
alhamdulillah akak... kena dengan selera semua...
salam ramadhan jugak

Cheq Sue said...

@Juwita Jamaludin
ramai yang mengidam nak makan...tu yang sampai tak menoleh..

Cheq Sue said...

@quinnie
sebelum ni buat sikit2 tak pernah letak jugak keledek tu... tapi memang sedap...kuah pun manis je

Cheq Sue said...

@AI
idok le sampai katering al... setakat nak makan same2 boleh la...tolong buat

Cheq Sue said...

@Diana @ Melley Mey
ni baru 1st time tu kak buat dalam kuantiti sebanyak tu... risau jugak takot tak jadik

Anonymous said...

salam, akak. nak tanya sikit, kebetulan saya google resipi mee kari utk 50 org mkn, jmp plak blog akak ni. kalu mee ni nak kena beli bape kilo erk?

Anonymous said...

Saya terpaksa berterus terang... yang saya kurang bersetuju dengan pedapat
awak.. camna pon idea awak memang benar.. saya hormat awak atas penulisan
ni

Here is my web site Jubah Moden