Assalamualaikum & selamat pagi...
Sarapan ape arini ye... Puasa? Alhamdulillah.. cheq sue nak menunjukkan menu berbuka semalam aje... TURKISH PIDE ha ha ha... gelak tu bukan ape...kelakar nengok ke bentuk pide tu... macam kapal nak karam jerk..
tembamnya..
sebenarnya dah lama dok nengok aje kengkawan buat... kemain la dok telek... memang ada niat nak cuba...serunya belum ada. Tapi semalam terasa2 sangat nak makan...untung jugak bila berpuasa ni, nak makan mesti buat. Lagipun cara membuatnya tidak la sepayah mana... tang pidenya mungkin ada langkah2 tertentu yang perlu diikut manakala intinya pulak kalau guna inti pizza pun ok jugak rasanya (memandai aje nak derhaka)...
Untuk pide ni, cheq sue ikut aje sebijik2 langkah2 penyediaannya...memang adunan agak terlembik sedikit, tapi smooth aje kalau dah uli lama. kali ni cheq sue uli guna kederat aje...malas nak guna BM. Satu adunan ni dapat dalam 5 bijik jugak pelbagai saiz
Sejujurnya pide ni cheq sue pun tak tahu macam mana rasanya…tapi kita andaikan ajelah ia sejenis roti berinti… Bila dah siap bakar…Nampak menarik jugak kejadiannya. Bila dah makan, sedap pulak dicicah sos dan mayonis… he he he…paham2 ajelah… nak suruh korang cuba buat la tu…
Okay...versie cheq sue dalam tulisan merah tu yer... kena la buat sedikit pengubahsuaian berdasarkan benda2 yang ada kat dapur... :)
Okay...versie cheq sue dalam tulisan merah tu yer... kena la buat sedikit pengubahsuaian berdasarkan benda2 yang ada kat dapur... :)
versi pai pun ada... bila nengok bentuk sampan tak berapa nak lawa.. buat bentuk lain pulak
bahagian dalam pide ni sesungguhnya sesangat la lembut dan gebu. makcik xde gigi pun buleh makan ni
TURKISH PIDE
Sumber : Mas Duniaku
Cuci mata : Kak Nor, Kak ayu s'pore, Ika Bangkok
Bahan Doh pide :
-480 g tepung roti
-375 ml air suam ~ k.nor guna 300ml jer (just nice)
-60 ml minyak zaitun cheq sue guna minyak seri murni aje
-1 sudu besar yis
-1 sudu teh garam lupe nak letak...tang yang xde inti tu tawar aje rasanya
-secubit gula kastor ~ k.nor letak 2 sudu besar gula castor
Bahan Inti pide :
-250 g daging cincang
-250 g cheese mozarella, dipotong nipis
-150 g cheese cheddar, dipotong dadu
-2 biji tomato, dipotong dadu
-1 biji bawang dpong dadu
-1/2 sudu teh serbuk lada hitam
-1/2 sudu teh serbuk cayenne
-1/2 sudu teh serbuk hot cajun
-1 sudu besar minyak zaitun
-3 biji telur cheq sue guna 2 je
-daun sup secukupnya, dipotong halus
-garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka
untuk inti, cheq sue gunakan sebiji ubi kentang dadu, plack paper chicken fingers (dadu), bawang besar, oregano, cajun (ewahhhhh dah test dahhhh), tomato, capsicum dan serbuk pati ayam shj
untuk inti, cheq sue gunakan sebiji ubi kentang dadu, plack paper chicken fingers (dadu), bawang besar, oregano, cajun (ewahhhhh dah test dahhhh), tomato, capsicum dan serbuk pati ayam shj
Bahan sapuan pide :
-50ml susu segar
-1 biji telur
Cara membuat pide :
-Larutkan yis dan gula dengan 125ml air suam dan ketepikan pada suhu bilik selama 10 minit sehingga berbuih.
-Menggunakan tangan masukkan 90g tepung roti kedalam aduan yis yang telah berbuih tadi dan gaul rata sehingga adunan menjadi adunan yang lembik.Taburkan atas permukaan adunan sengan sedikit tepung roti dan tutup dengan tuala dan biarkan pada suhu bilik selama 30 minit untuk menjadi 'sponge'
-Letakkan lebihan tepung (390g) kedalam mangkuk yang besar. Buatkan lubang ditengah dan masukkan adunan'sponge' yang telah diperap tadi, minyak dan juga lebihan air suam(250ml).
(D ambil langkah senang masukkan semua dalam breadmachine dan masukkan adunan "sponge'.)
-Kalau gunakan tangan adunan memang melekit, tapi jangan panik.
(D ambil langkah senang masukkan semua dalam breadmachine dan masukkan adunan "sponge'.)
-Kalau gunakan tangan adunan memang melekit, tapi jangan panik.
-Selepas diuli sehingga menjadi doh yang sebati, alihkan adunan roti pide kedalam mangkuk yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun dan tutup dengan tuala dan biarkan ia naik dua kali ganda selama 1 jam.
(*Adunannya memang lembik, uli sampai tak melekat ditangan, dengan adding minyak zaitun and tepung sedikit demi sedikit).
Cara Inti Pide :
-Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
-Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
-Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan.
** dengan menggunakan bahan2 versi cheq sue, semuanya ditumis dan dimasakkan sehingga kering
** dengan menggunakan bahan2 versi cheq sue, semuanya ditumis dan dimasakkan sehingga kering
Cara membuat pide :
-Bahagi adunan doh pide kepada 6 bahagian(Boleh adjust nak berapa keping). Canai doh berbentuk lonjong memanjang 35cm x10cm.
-Angkat doh pide yang telah dicanaikan dan letakkan diatas loyang yang telah disapukan dengan minyak zaitun atau taburkan tepung.
-Taburkan inti pide dibahagian tengah tinggalkan 2cm pada bahagian tepi.Inti pide yang telah ditabur dibahagian tengah dilekukkan sedikit(jadi mudah untuk letak telurnya nanti).
-Tepi pide dilipat keatas inti pide sedikit dan tepinya dipusing(twist) sedikit jadi bentuknya macam sampan gitu
-Campurkan bahan untuk sapuan pide dan sapu tepi pide.Bakar pide dalam oven pada suhu 180C selama 5-7 minit sehingga doh masak.
-Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk dan pecahkan kuningnya.Bila waktu membakar 5-7 minit telah tamat. Keluarkan pide,tuangkan telur yang telah disediakan diatas pide pada bahagian tengah inti dan bakar selama 2-3 minit sehingga telur masak.
-Pide pun siap untuk dihidangkan. Enak dimakan panas.
** selepas dimasukkan telur, cheq sue tabur sedikit mozarella
** selepas dimasukkan telur, cheq sue tabur sedikit mozarella
sedapnyer cheq sue..tak sarapan lagi ni..pose pom tak..ehe
ReplyDeletetak kesah la kapal selam ke, kapal layarke, janji sedap cheqsue...tengok roti tu memang dah lembut tu...
ReplyDeleteperghhhhhhh ! sedap ! @@
ReplyDeletewooo lawa la pie nyer.. cantik je bentuk. tak terbuat lagi turkish pie ni. duk diam2 dlm list. hehe.. meh nak rasa seketoi
ReplyDeleteAssalamualaikum cheq sue..
ReplyDeletewah rajin meroti yer cheq sue... bila ler akak plak nak rajin nie nak meroti... nampak sedap ler... mmg terbayang2 selalu pide nie... Huhuuu
@H.J
ReplyDeletekalo poso gak buleh jgk pahala lebih bulan2 syaaban ni... :)
K'ida pun dh lama simpan resepi....tak t'buat2...sedap erk??? nmpk mmg la sedap ni...ok dh tu betuknyer..k'ida buat entah rupa apa pulak
ReplyDelete@nuwairani ismail
ReplyDeletetah...ape ada dengan bentuk...janji sedap dan habis di makan...
@Cik Meyo
ReplyDeleteperghhh... memang sedap!
@izahdaut
ReplyDeleteKak Izah... geram dok negok orang buat...tambah2 pulak dok rasa sgt nak makan... rupanya memang sedap... tak rugi cuba
@Diana @ Melley Mey
ReplyDeletetukar selera kak...sesekali makan roti pulak...asik2 makan nasik aje..
@Ida,Japan
ReplyDeleteKalau kena intinya yang betul2 memang lagi sedap kak... ni inti main suka aje
Dah buat dah turkish pide... Adeiii bilerlah den nak buat ni.....
ReplyDeletewahhh..dah cuba yer...Ni sampai lo ni duk peram lg resipinya..huhuhu
ReplyDelete- makan pide yg gebu...nti cheq sue pon gebus tau...cepat pos ke mari sikit...
ReplyDelete@che'iza
ReplyDeleteDah sampai seru awal... kalau tak lambat jugak nak mencubanya
@Rabiatun Adawyah
ReplyDeleteKak Tun... best kan kalau2 peram tu tgk2 kuar pide je terus..
@AI
ReplyDeletememang dah gebu gaban pun al... kalah pide tu
Assalam sue, memang rajin btul sue ni, beraneka roti dh di cuba akk ni bila la nak meroti pulak heheh..nampak sedap sangat tu sue
ReplyDelete@Kak Rosaliza
ReplyDeleteTerpaksa merajinkan diri akak... dah nak makan, kalau tak buat meleleh ayaq liuq ni...
sedapnye lahai..makin tambah lapa la...:)
ReplyDeletejom join GA ni:
http://yourvinylmonster.blogspot.com/2011/07/1st-contest-makanan-kegemaranku-by-cik.html
hi cheq sue... salam knal
ReplyDeletesedap2 arr nmpk mknn lam blog nie... jom kita exchange link boleh? saya add cheq sue dulu kay...
Mine is : http://canteq.blogspot.com
nak minta tolg bini buatkan hehehe
ReplyDeleteAssalam cheq sue,oklah tu,dah cantik pide tu,mmg sedap kan,ct dah 2kali wat..Hubby pon suke sgt,nnti mmg nak wat lagi dan lagi..
ReplyDelete@KuNanGKuNanG
ReplyDeleteGie, tq tag...skrg xde kesempatan lagi... nanti ye
@canteq
ReplyDeleteboleh.... tq
@iMBobo
ReplyDeleteEhhhh... boleh boleh boleh... mintak aje
@Zaliedana
ReplyDeleteCT...lenkali nak cuba buat dengan inti betul2 pulak... ni buat inti ntah ape2... tapi rasa memang super duper sedap... rugi sape tak try
kalau buat sendiri memang la HEAVEn..letak mayonis sesuka hati ahkak ... fuyoooo!!
ReplyDelete@bersama kak Es
ReplyDeleteha la kak es... nak letak ape...berapa banyak... kite yang buat dia kan..
wahh dah sampai sini dah turkish pide ni...sedap kan, nieza pun suka intinya tu..abaikan jer rupa sampan tu kak memang gitu pun rupanya...
ReplyDelete@Nieza
ReplyDeleteXpelah...apa dipandang pada rupa...janji sedap!!