Thursday, July 7, 2011

Pizza Ayam Mozarella

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Apa khabar malam Jumaat ni? Jika ada kelapangan eloklah membaca Yaasin di malam yang penuh barakah ini... sama-sama mendoakan keberkatan dan kebahagiaan di sini dan di sana... InsyaAllah...

 Tak tertarik la pulak mozarella nye... satu tangan kat kamera, satu dok angkat pizza... mana2 ajelah...

Eh... apa juadah berbuka tadi ye? Nasi beriani? Sayur lemak? Asam pedas? Tomyam? Percik? Western? Lebonese? Makan megi je? Aduh kesiannnn........ Cheq sue berbuka dengan pizza ni je... ala kadar gitu. celup dalam sup cendawan (ghupenyer sup cendawan cheq sue tadi termasin le sikit)...cicah dalam sos cili thai dan mayo.... huuuuuuuuuuuuuuu memang dah niat nak menambah lemak2 sedia ada di badan.
Ini merupakan kali pertama cheq sue memizza dengan mozarella. selalu dengan slice cheese aje.. Huuuuu berbaloi jugak beli seketui doblas hengget... guna pun bajet2 je... (Kudukut!)
Untuk resepi ni cheq sue search di google tadi untuk sos...dan terjumpa di dapur Hajjah Noraini manakala dohnya cheq sue guna resepi yang disumbangkan oleh Kak Besah di laman MyResepi. Doh ni cheq sue dah try dulu, dan cukup sedap dan gebu rasanya sebab tu la tak segan2 nak cuba lagi. Tapi adunan ni cheq sue buat separuh je...padahal kalau buat ikut adunan ni betul2 pun xde hal sebab sos dan bahan2 pun ada banyak lagi.... Mmmmm xpelah next time maybe.... Jom layan gambar2 dan selidik resepinya....


V
V
V


PIZZA AYAM MOZARELLA
Sumber : Hajjah Noraini & Kak Besah MyR

Bahan-bahan doh :
-1 kg tepung gandum
-2/3 cwn gula pasir (6 sudu makan)
-1 bungkus yis segera mauripan (11gm)
-1 botol mineral kecil air suam (500 ml)
-1 sudu besar rata garam

Bahan-bahan sos pizza :
-1/2 biji bawang besar (merah)
-2 ulas bawang putih
-1 biji tomato, dikisar 2 bijik
-1 tin kecil tomato puri
-3 sudu besar gula
-1 sudu teh garam
-2 sudu besar minyak masak
-rempah oregano
-beberapa helai daun bay
-1 peket daging kisar Ramly


Bahan topping :
-250 gm keju mozarella, diparut
-1 biji cili benggala (capsicum), dihiris bulat
-1 biji bawang besar , dihiris bulat
-sedikit mix vegetable
-1 tin nenas kiub, dihiris
-5 ketul sosej ayam, dihiris

Cara Membuatnya :
1. Cincang atau tumbuk bawang merah dan bawang putih. Kisar tomato dengan sedikit air.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang tumbuk hingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan tomato kisar, tomato puri dan daging kisar.
4. Masak atas api sederhana hingga daging kecut dan mendidih kira-kira 20 minit.
5. Masukkan 4 helai daun bay,1 sudu besar oregano, gula dan garam. Masak lagi selama 10 minit hingga sos pekat dan berbau harum.Tambah gula jika suka lebih manis.
6. Setelah masak, angkat dan sejukkan.
7. Sapukan sos atas roti pizza dan taburkan bahan-bahan topping dan terakhir taburkan keju mozarella.
8. Bakar selama 15 minit hingga masak pada suhu 200 darjah celcius.
9. Enak dimakan semasa masih hangat.

12 comments:

  1. mmm...sdpnya pizza...liza pun selalu buat sos sndiri...puas hati kan nk letak lbh pun...nk ltk topping apa pun ikut suka hati..

    ReplyDelete
  2. pizza ni better buat sendiri liza...sampai x abes makan..belanja bukan banyak pun

    ReplyDelete
  3. wahh.. sedapnyer! ada mozarella mmg sedap! tun pun jarang2 beli mozarella, mahal sgt.. guna slice cheese pun sedap jugak =)

    ReplyDelete
  4. kira best la tun yang dibuat ni... bagi kat member sat je abes

    ReplyDelete
  5. hmm sedapnya pizza,x pernah lagi buat sendiri,banyak juga ye tepung 1kg.dpt banyak ker?

    ReplyDelete
  6. kalau guna sekilo tepung banyak dapatnya. Biasa saya buat separuh je..dapat dalam 3 bijik sedang...

    ReplyDelete
  7. nur izzati...sedap..angkat 2 ibu jari... :)

    ReplyDelete
  8. one delivery pizza pleaseee....

    cheq sue...kak cek nak order pizza satu....sedapnya....:)

    ReplyDelete
  9. ayyo kakak... ini ari pizza kita cuti laaa....

    ReplyDelete
  10. yg nie punya ler sedaaaaap.... rajinnya cheq sue ... akak dah dah x buat sndiri... beli jer kerja akak skg nie.. heheheh...

    ReplyDelete
  11. @Diana @ Melley Mey Ala kak d...sini payah nak ngoder...nak taknak kena buat sendiri... have to!

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]