Thursday, July 21, 2011

Bubur Kacang Durian (T___T) Akhirnya...

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Hari ini hari Khamis,
Mari makan bubur manis.


Ewahhhh... pagi ni berpantun apahal? Buang tebiat dah ke? He he he.. sesekali apa salahnya nak berpantun mantun bagai... Hah...kalau ada sape yang nak membelinya tu sila, sila ye...
Semalam...ramai betul ye membuat bubur atau juadah yang berkuah-kuah dan dimakan dengan roti atau biskut. Cheq sue pulak memang dah lama sangat dok menyebut nak makan bubur kacang durian. Semalam macam berjanji2 pulak dengan che mat DTS...dia ada bubur ni, cheq sue pun ada. Hari pasar malam tu ada orang jual tapi kemain ramai dok kerumun...tak jadi terus nak beli, alih2 semalam member bagi sebijik. bila cheq sue bukak ada la dalam 7 ulas durian. Alhamdulillah.... ada jugak yang mendengar rintihan ku ini....
Jom makan jom....

BUBUR KACANG DURIAN
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
- secawan kacang hijau (direbus empuk)
- 5 ulas durian
- 3 keping nisan
- 3 sudu gula
- sehelai daun pandan
- santan sederhana pekat dari sebiji kelapa
- secubit garam kasar

Cara-cara :
- masukkan santan ke dalam kacang hijau yang telah empuk
- tambahkan nisan, gula, daun pandan dan secubit garam kasar
- setelah mendidih masukkan durian dan masak sehingga durian agak lembik (jangan berlebihan nanti tak rasa isinya)
- sedap dimakan dengan pulut, roti atau biskut

12 comments:

  1. saya baru makan malam tadi kak. hehe :D

    ReplyDelete
  2. @hira
    ekkkk... cheq sue baru siap makan ni..

    ReplyDelete
  3. nak suh mak buat la kalo macam tu..ehe

    ReplyDelete
  4. slurppp,haihhh dh terliur cmne ni erk hehe :p

    ReplyDelete
  5. @Afikah Aziz
    terliur.... cheq sue pun terliu lagi jugak ni

    ReplyDelete
  6. letak dlm peti sejuk..haii..sodapnya..hehe..

    ReplyDelete
  7. @Anna Qawina
    aishhhh...nak meleleh jugak ni sekali lagi..

    ReplyDelete
  8. - bubur kalo letak durian mmg the best kan kan...cheq sue...nak sikit...

    ReplyDelete
  9. @AI
    tahu xpo... xleh nak bagi dah tapi...sold out you!

    ReplyDelete
  10. @Cik Meyo
    nape la yang dah abes tu yang cik meyo carik

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]