Tuesday, July 5, 2011

Udang Fiesta Ria

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Tadi, alhamdulillah berbuka dengan udang goreng dan urap. Udang ni pun dah berzaman dalam peti...dah bertukar lens dah...tapi buat ajelah. Udang goreng fiesta ni kalau dapat udang segar sebesar 3 jari seekor baru puas hati nak makan.
Pada sape yang nak mencuba tu, resepi ni sememangnya sedap dan unik sebab ada rasa tomyam. Dengan kata lain, atau bahasa orang kampung masakan ni boleh juga dipanggil udang goreng sos tomyam.. lebih mesra alam gitu.
Resepi ni cheq sue CnP daripada booklet Rasa-rasa Semenanjung TESCO yang diperolehi tahun lepas semasa shopping raya. Kira2 ada guna jugak lah booklet tu... (^_^)

Boleh dihidangkan begini (cicah sos)

atau begini (gaulkan sebati dengan sosnya)


**Sila abaikan bilangan udang yang digunakan yer.... ahaksss!

UDANG FIESTA RIA
Sumber : Pn Low Kim Choo (Rasa-rasa Semenanjung TESCO)

Bahan-bahan :
A :
- 10 ekor udang besar (cheq sue guna mana ada je...)
- 2 sudu teh serbuk cili
- sedikit gula dan garam
- minyak untuk menggoreng

B :
- 1 batang serai (cincang) cheq sue ketuk je
- 2 helai daun limau purut
- 2 biji cili padi
- 15 g serbuk tomyam
- 20 g pes tomyam
- sedikit gula
- 3/4 cawan air

C :
- 1 sudu tepung jagung
- 3 sudu teh air
*campur

Cara membuatnya :
- perap udang dengan bahan A selama 15 minit
- sediakan sos (B)
- masukkan semua bahan B ke dalam periuk dan masak selama 2 minit pada api sederhana
- kemudian pekatkan sos dengan bahan C
- panaskan minyak dan goreng udang (A) hingga masak
- sajikan bersama sos cicah

18 comments:

  1. salam cheeq sue.. pertama kali tengok menu ni.. tentu sedap rasanya.. boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  2. hai ita... cheq sue pun 1st time buat ni...terjumpa booklet tu tiru je la... rasanya not bad.. macam tomyam gitu

    ReplyDelete
  3. Salam Cheq Sue.. emmm.. cam best je utk dicuba.. Cam juwita cakap, 1st time tengok menu gini..

    ReplyDelete
  4. ayang... menu ni memang best (tak tipu tau). saya pun 1st time buat... tak rugi cuba kalau ada stok udang... cuba tau nanti

    ReplyDelete
  5. salam cheq sue...mmg nmpk best udg ni..blh msuk list ni...

    ReplyDelete
  6. liza...kalau ada masa nanti cuba lah ya... memang senang dan sedap pulak tu...

    ReplyDelete
  7. cer baling luar skrin skit, boleh gak akak rasa..akak ni memang suka sangat udang

    ReplyDelete
  8. kak ixora, kalau baling kulit je boleh tak? sambut eh... :)

    ReplyDelete
  9. nampak sedapla udang ni...harus dicuba ni:)

    ReplyDelete
  10. Assalam sue,Erm mmg nmpak sedap udang tuh,lbh kurang udang tomyam kan,cuma digoreng dulu..Mkn sorang eks,Msk simple2 pon xper kan,jnji sedap kat tekak sendrik udah kan..

    ReplyDelete
  11. salam cheq sue..mokwo kalau masak udang mesti nak buang kulit..jadi tak berapa ummphlah..lately kan memang payah nak cari udang besar kan..mokwo pun dok lama intai2kat pasar masih belum bertemu jodoh lagik!!huhu..tumpang makan sat!

    ReplyDelete
  12. salam cheqsue..sy suke masakan yg ber'bau' tomyam camni..best!~ selewra bertambah2..ehehe

    ReplyDelete
  13. nieza...saya yg 1st time buat pun rasa nak buat lagi...memang sedap

    ReplyDelete
  14. CT... kadang2 makan sorang ni nak yang betul2 dapat menggoda selera... kalau tak slow aje nak suap

    ReplyDelete
  15. mokwo, saya kalau masak udang mesti nak buang kulit sikit, bukan apa, kalau dah masak susah pulak nak tanggalkan... tapi dalam resepi maksoc tu dia tak tanggalkan pun...

    ReplyDelete
  16. noorsha...awak tu memang... suke sesangat kan bende2 tomyam. awak nyer kembung tomyam tu x cuba2 lagi... kembungnya xde jual...

    ReplyDelete
  17. udang tu nampak sedap ler cheq sue...tambahan lg yg d gaul ngan sosnya tu... terliur akak tgk tau

    ReplyDelete
  18. kak D...resepi ni memang cheq sue nak syorkan pada kawan2 utk cuba... kalau dapat udang fresh..memang sesuai

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]