Tuesday, July 26, 2011

Banana Strawberry Smoothie

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pagi ni cheq sue tinggalkan korang dengan segelas smootie ni tau...jangan dok gaduh-gaduh, minum sesame sikit-sikit sorang. Cheq sue nak gi keje nih.. he he he...
Alkisahnya smootie ni cheq sue bikin semalam untuk menghilangkan dahaga seharian. Dengan cuaca yang panas dan angin badan tak menentu, sesuai sgt la smootie ni untuk menyejukkan diri.  Kebetulan ada strawberi pemberian seorang anak murid, dan sebijik pisang ehsan member, cheq sue fikir2 bagus jugak kalau try mix dua buah ni..mana tahu kot2 sedap. dan alhamdulillah rasanya tidak menghampakan. Sesuai sgt kalau nak cuba semasa sarapan sebab smoothie ni agak mengenyangkan jugak. rasa2 cheq sue kalau nak campurkan dengan nestum pun boleh... nanti kita try ye...


STRAWBERRY BANANA SMOOTHIE
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
- 15 biji buah strawberi - sejuk beku
- sebiji pisang (cheq sue guna cavendish) - sejuk beku
- 1 cwn susu segar (tambah air untuk mengubah kepekatan smoothie)
- 3 sudu besar susu pekat (adjustable ye)
- sedikit ais *

Cara-cara :
- masukkan strawberi dan pisang yang telah disejuk beku ke dalam pengisar
- tambah air dan susu pekat
- blend hingga hancur
- simpan dalam peti sejuk sehingga ingin dinikmati
**boleh juga diblend kesemua bahan dengan ais, tapi cheq sue lebih suka simpan buah dalam peti ais dulu, sebab takmo sejuk sgt...
- jangan lupa cuba ye

12 comments:

  1. Amboi mentang2 dia kat CH,tayangstoberi lah ek..Kita pon wat smuti juga klmarin,tapi buah naga n longan,sedap juga..Mmg best betoi layan smuti time cuaca panas2 gini kan..

    ReplyDelete
  2. alaa cheq sue, segelas mana cukup nak share ramairamai.. hihih

    nnt leh cube gak ler, buah kiwi ngn stoberi.. agakagak cedap tak?hihi

    ReplyDelete
  3. - kalo stoberi konpem sedap...tapi campor banana ok ke?

    ReplyDelete
  4. @Zaliedana
    tu la pasal CT...kebetulan ada budak bagi...makan gitu aje sebijik dua boleh la...nak perabih kang dok asik ulang ke bilik kecik pulak

    ReplyDelete
  5. @LuN@_aiDi
    strawberi + kiwi?? hummmmm kena try ni someday... errrr agak2 tak over masam ke

    ReplyDelete
  6. @AI
    smoothie ni ok je al...tapi kena lebihkan strawberi sebab xmo rasa pisang sgt..

    ReplyDelete
  7. WAHHHHHHHHHHHHHHHH sdap nyeeeeee , lg2 dgn cuaca terik nowdays..

    * salam kenalan dr fazilzurakil

    ReplyDelete
  8. sedap sedaaap sedaaaap.. nie kalau minum masa buka puasa nie kan.. mmg sedap nie kan cheq sue... tergoda dah nie..

    ReplyDelete
  9. @Diana @ Melley Mey
    kalau smootie ni, saya rasa lagi sedap kalau lebihan sikit strawberi...x cemuih sgt dgn rasa pisang tu

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]