Monday, July 18, 2011

Unplanned Jalan-jalan Pt 2 : Teluk Senangin - Ipoh (Sesat barat weiiiii)

Assalamualaikum & salam bahagia...

Mari kita lihat pulak sambungan jalan2 yang tidak dirancang pada minggu lepas. Dari Teluk Batik, dah terfikir mana nak tidur. Mula2 nak menumpang tidur di rumah sepupu cheq sue di Gelong Pepuyu (Titi Gantung) tapi kami berempat ni rase2 macam tak manis pulak bermalam di rumah budak2 lelaki.. So bergerak lah seterusnya ke Teluk Senangin. Sebenarnya sebelum tu, sebelum sampai ke Lumut, dah cuba cari Teluk Senangin tapi tak jumpa. Hala tujunya dah betul, tetapi dek konfius + tak sure...pusing semula ke Lumut. (Rupa-rupanya memang betul Teluk Senangin tu sehala dengan Damar Laut Resort {Pantai Remis - Taiping}.....)
Siapa sangka ya... dalam deretan pokok kelapa sawit...di hujungnya ada pantai peranginan yang cantik dan masih belum tercemar keindahannya...
Bila dah sampai di Teluk Senangin, masalah pulak nak dapatkan chelet...rupa2nya ramai jugak orang, yang berkhemah pun ada... Tapi agaknya dah nak jadi rezeki kami masih ada satu unit chelet di Pak Ya Chelet.. Alhamdulillah... Dengan sewa RM 75 + bilik mandi di dalam + RM 10 utk sewa toto... kira setuju jelah... badan dah penat... muka dah berlemin seharian dah kan ke situ ke sini...
*** bila dah duduk-duduk tu... pakat dok gelak la... bila benda tak plan ni...menjadik pulak... cuma kena sedia duit aje lah....

He he he...tinggal jejak dah di sini... 1st time

 Seronoknya dapat menjejakkan kaki ke pantai. Rasa2 satu kepuasan dapat dijamah air laut yang tenang tapi bergelora...insyaAllah will come again next time... tak puas mandi syioottt


nampak aje camtu...tapi kat dalam ni perghhhh cantik wehhhh...tak rugi la 

cheq sue n mok ja.. Kepala dan ekor...mana2 pergi salah sorang mesti ada..


Hala balik pulak...konon2 rilek je la...steady je bawak keter... sekali sesat daaaa.... sampai di trafik light mana tah... tak masuk Ipoh tapi ke Lahat (konon2 nak sampai terus ke stesen 18...) sekali ntah ke mana-mana sampainya... Menglembu, Silibin, Falim... adoyai.... last2 makan langsat kat situ jap sebelum jumpa Hospital Ipoh... then dari situ dah dapat cari kat mana hala tuju ke Simpang Pulai... Huh.... lenguh kaki tangan...  Dalam 2 jam jugak nak menemukan destinasinya..
Apapun dengan perjalanan yang tak dirancang ni...memberikan satu pengalaman baharu...suka dan ceria bersama... lain kali boleh lagi bersesat2 camni ye....

4 comments:

  1. - wahhh...sudirman tulis nama atas batu...cheq sue tulis nama atas pasir yer...

    ReplyDelete
  2. @AI
    Kalau ke pantai...wajib tau al tulis nama camtu... tu tulis name aje...kalau letak no fon sekali haaaaa cane agak2....?

    ReplyDelete
  3. harus singgah satu hari nnti..
    belum pernah tinggal jejak kat situ :D

    ReplyDelete
  4. @bersama kak Es
    saya pun seb baik jumpa...kalau tak xde jejak jugak

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]