Monday, June 25, 2018

Comeback Post 2018

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Lama sungguh aihh...makan tahun dah rupanya tak update blog. Bukan lupa, bukan tak ingat, tapi ada beberapa masalah problem yang menyebabkan saya melupakan seketika hobi yang satu ini.
Pada tahun lepas, lappy saya rosak, pastu telefon pun buat hal, lagi pula saya tidaklah berminat nak menulis through skrin telefon yang cinonet itu.


Beberapa kali juga saya cuba up kan satu dua post, tapi penulisan nampaknya tak sampai. Baru nak start enjin, tak sempat nak on terus tolak tepi. banyak sebenarnya yang nak cerita, nak dikongsi tapi itulah tidak kesampaian.

Harap-harap kedatangan kali ini, dengan penyapu mop bagai ni dapatlah menyemarakkan semula semangat nak berkongsi, nak  bercerita, dan dapat meredakan emosi yang sentiasa libang libu ni...

BTW, selamat hari raya Aidilfitri pada semua kenalan, kalau kalau ada yang datang melintas di sini...

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

  1. Welcome back Cheq Sue ^^
    tun pon slow slow nk aktif semula ni

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]