Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Raya tahun ni, seperti juga raya raya yang sebelumnya. Saya masih beraya di rumah bonda, walaupun hajat di hati nak beraya di rumah sendiri. Bila difikirkan balik agak mementingkan diri jika saya membiarkan bonda tercinta yang membuat segala persiapan itu dan ini. Tambahan pula bila kanak-kanak riang mula bercuti dan saya pastinya tidak mahu melepaskan peluang bergaduh gaduh manja dengan diorang. Sepanjang dua minggu hanya 3 malam di rumah sendiri dan selebihnya pergi pagi balik petang. Tak apalah, maybe next year kot, raya tempat lain pulak mana tahu..
Saya tempekkan sekeping dua gambar raya, tak banyak pun sebab kamera rosak, boleh selfie aje, bertabahlah dapat gambar muka sebesar pinggan tu... Yang lawaknya raya ke 3, telefon saya missplaced, tak keruan weh cari serata tempat, last last jumpa di bawah toto, kalau tak memang saya tangkap P9 laaaa...
#teamrayasingle katanya...
Anak-anak buah yang makin besar, dah pandai berdandan, pakai tudung lawa-lawa, pakai lipstik, dah boleh challenge makcik korang dah la.
Masa ni nak gi tengok ahli keluarga baru di Pasir Mas, baliknya tu la telefon saya hilang. Gambar dik Anis pegang itik tu masa beraya di rumah paksu di Pasir Puteh.
Raya pertama, sesi cabutan duit raya. Siapa yang bertuah dia dapat lebih... Suka tengok budak budak dapat duit, yang tak tahannya bila dapat sikit terus merajuk sebab nak lebih. Adoiii...
Till me meet next raya. In Sha Allah..
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
selamat hari raya :D
ReplyDeleteSelamat hari raya ann
DeleteSelamat hari raya chesue..
ReplyDeleteSelamat hari raya jugak untuk kak atie sayang....
Deletesalam lebaran.
ReplyDeleteSelamat hari raya Che Sue...
ReplyDeleteSelamat hari raya juga kak, baru je balik dari blog akak nengokkan ketupat pulut hitam, macam sedap e, terliur nak buat
Deleteselamat hari raya che Sue... meriah nya raya akak kt kmpung ngn anak2 buah...
ReplyDeletebest jgk duit raya mcm cabutan bertuah tu hehehe...
Selamat hari raya Dana, peluk cium untuk ayyan. dah dua tahun buat cabutan camtu, letak nilai lain-lain, memang suka tengok reaksi diorang. tambah2 kalau diorang sendiri yang masukkan duit
DeleteInnteresting thoughts
ReplyDelete