Tuesday, October 27, 2015

Kuih Bakar

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kuih tradisional yang tetap menjadi pujaan tak kira bila atau di mana berada. Saya memang hantu dengan kuih ni. Kalau zaman bebudak dulu bila My Cek beli kuih ni, biasanya kita gigit dulu bahagian tepi2nya yang berkerak tu... aduhhh memang masuk lah...


Kali ni saya buat sekali lagi, menggunakan resepi menggunakan periuk NOXXA sebenarnya tetapi saya bakar cara konvensional, guna oven Butterfly lagi tu. Memang anak2 buah pun suka, kebetulan masa tu dok kampung, depa semua cuti semasa Aidiladha.




Oleh sebab guna api bawah saja, maka bahagian atasnya tak berapa nak garing. Tapi tak mengapalah, yang penting di dalamnya masak dan boleh di makan...


Selang beberapa hari, saya buat lagi. Maklumlah yang buat sebelum tu dapat makan seketui je. Cuma kali ni selongkar peti sejuk kat kampung dah habis pulak bijannya. Maka togel ajelah kuih ni tanpa hiasa di atasnya.


Masihkah ingat lagi akan oven tenggek ni? Mungkin tak ramai dah yang ada, tapi di rumah saya masih ada sebijik. Kakak saya yang beli sebenarnya, saya bawa ke CH dan bawa balik semula untuk di simpan di kampung. Bila nak buat kuih bakar ni saya gunalah semula. Kalau sesiapa pernah guna memang tahu la berapa lama masa yang digunakan untuk bakar kuih ni. Hampir satu jam ++ jugak la sebelum masak. Memang makan gas. 

Kalau dimasak menggunakan periuk NOXXA tu masanya memang sekejap tapi saya saja taknak sebab adunannya pun tak berapa banyak. Kalau sapa yang ada NOXXA tu boleh la cuba. Resepinya ada di bawah ini...


Sumber resepi : FB Resepi Periuk Noxxa / FB zuera_burn


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]