Monday, October 12, 2015

Asam Pedas Tumis Ikan Kembung & Tenggiri

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya sebenarnya tidaklah menyukai sangat masakan asam pedas ni, tapi sesekali bila rasa nak makan, memang macam mengidam. Pastu kalau saya buat biasanya saya suka yang ditumis sampai pecah minyak, baru rasa selera.

Macam baru2 ni, rasa sangat nak makan, gigih pulak memasaknya walaupun dah malam. Guna lak ikan yang ada di rumah, kebetulan ada tenggiri dan kembung, jadi masak aje untuk dinner dan bekal ke sekolah esoknya.







Nampak biasa2 saja kan... Kalau orang Johor ke orang Melaka tengok mesti depa kata asam pedap apa camtu... pada saya dan dapat A dah tu, dah kena dengan selera saya. Lagi pulak saya kan tak makan pedas, jadi takleh la nak buat yang merah menyala gittew... Apapun saya kongsi resepi dibawah i kot2 ada yang nak tengok...


ASAM PEDAS TUMIS
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
Ikan yang disukai - saya guna sekerat tenggiri dan seekor kembung
*1 biji bawang besar
*1 biji bawang putih
*6 biji cili kering
*1 biji tomato
*1 inci belacan
*5 pokok daun kesum
1 bunga kantan - belah 2
Daun kesum secukupnya
6 biji bendi
Tomato secukupnya
3 asam keping - boleh ganti dengan asam jawa
Air, gula, garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya :
Kisar halus bahan bertanda *
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Tumis hingga wangi dan garing
Masukkan daun kesum dan bunga kantan, tumis hingga layu
Masukkan air mengikut kepekatan yang disukai, tomato, bendi, asam keping dan ikan
Masak hingga mendidih dan agak pekat
Perasakan dengan garam dan gula 


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]