Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Skrin komputer
di hadapannya dipandang kosong. Fikirannya melayang. Dia teringatkan Nabila.
Pertemuan mereka di taman tasik benar-benar telah memberi kesan mendalam pada
Zubir. Dia bagaikan mendapat semula semangatnya yang hilang bersama pemergian
Aqilah. Tetapi apa yang menyakitkan hati apabila dia melihat kelibat Wari yang
memasuki sebuah hotel bersama seorang gadis genit berskirt pendek. Gelagat
mereka yang mesra mendatangkan perasaan tidak enak pada Zubir. Dia memikirkan
bahawa Nabila sudah ditipu oleh Wari. Bermakna Wari hanya mempermainkan Nabila!
Dia mesti memikirkan bagaimana mahu memberitahu hal sebenar kepada Nabila.
Sesungguhnya dia sudah menyukai gadis itu dan tidak mahu Wari melukakannya..
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]