Thursday, October 22, 2015

Daging Merah NOXXA

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya dah tak ingat bila saya masak ni. Daging korban raya haji atau daging yang dibeli sebelum tu. Jadi bayangkanlah betapa lamanya n3 ni dok dalam draft. He he he... sampai nak tulis pun kena ingat balik apa yang berlaku pada hari kejadian.


Kalau ikutkan selera, saya memang suka dengan daging merah. Kadang2 kalau makan dikedai tu memang oder la nasi goreng daging merah tu, atau nasi goreng USA... tapi since dah ada bahan di rumah ni maka saya buat sajalah sendiri, kot2 sedap macam kat kedai tu laaaa. Resepi ni jugak saya menggunakan piyok NOXXA saya, sebab nak melembutkan daging. Memang saaaaat sangatlah bila di HP daging tu.



Bahan-bahan sampingan. Sayur tak berapa nak ada, taruk aje lah lobak merah yang dah hampir nak kecut. Ada serai... bawang... yang biasa2 guna dalam masakan hari2 la..


Ada jugak kacang panjang, tomato dan kobis bunga. Saya ni memang suka makan sayur, jadi campak semua sayur dalam ni dah tak payah masak hidangan sayur yang lain. Bijak tak???


Kalau tengok daging yang diperap dengan pewarna ni memang sram sikitlah. Saya guna pewarna serbuk, tak la banyak sangat tapi mungkin warnanya adalah dark red maka warnanya lebih mendalam gitu. Untuk resepi silalah baca sehingga ke bawah...

DAGING MERAH
Resepi : Cheq Sue

Bahan A- perap seketika
3 ketul daging - potong saiz sederhana dan bersihkan
Sos cili, sos tomato, sos tiram
Minyak bijan
Kicap manis
Serbuk cili

Bahan B - sayur
Bunga kubis, tomato, kacang panjang
Lobak merah (saya masukkan semasa tumis)

Bahan C - bahan tumis
1 biji bawang putih - ketuk
1 biji bawang besar - mayang
2 batang serai - ketuk
Sedikit minyak

Bahan D
Bancuhan tepung jagung da sedikit air

Cara membuatnya :
- pasang Cik NOXXA dengan betul
- tekan STIR FRY dan ON
- masukkan minyak, bila panas masukkan bahan C (bahan tumis)
- tumis hingga garing dan wangi
- kemudian masukkan bahan A, kacau sebentar
- jika suka berkuah tambahkan sedikit air
- OFFkan stir fry dan pasang penutup periuk
- laraskan tombol atas ke PRESSURE dan tekan HIGH PRESSURE 20 kali (HP20) masa untuk HP bergantung kepada kuantiti daging
- tekan ON
- setelah habis masa (0.0) pusing tombol ke STEAM dan keluarkan semua tekanan
- tekan OFF
- buka penutup dan tekan STIR FRY, masukkan sayur dan kacau hingga kuah pekat
- masukkan bancuhan tepung jagung dan stir fry sehingga kepekatan dikehendaki

 
  "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

3 comments:

  1. Akak tak pernah masak daging merah ni cheq shue..
    Nanti nak cubalah.. sebab akak pun ada cik Noxxa :D

    ReplyDelete
  2. msti kejap je dh msk kan.... sedapnya nasi daging merah... warna tuh mmg agak serem tp kalu rasa sdp... apa ada pd warna heheheh

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]