Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
Wari masih
berada di Hot Club ketika Nabila menelefonnya. Anita yang memeluknya erat
sekadar menjeling, memberikan amaran barangkali kapada Wari. Gadis tinggi
lampai persis Linda Onn yang dikenali minggu lalu sememangnya memikat jiwa
Wari. Cantik, seksi dan manja sememangnya gadis idamannya.
Nabila?
Sekadar
koleksi di dalam hidupnya. Sebenarnya dia sudah jemu dengan Nabila yang padanya
sangat kekampungan dan sangat berharap untuk berkahwin dengannya sedangkan dia
masih mahu menikmati keindahan duniawi. Kelebihan yang ada padanya tidak akan
dibiarkan begitu sahaja. Perempuan seperti Nabila, dengan mudah saja dia
mendapatkannya. Tangan Anita diraihnya dan mereka bergerak ke lantai dansa…
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]